Pages

Tuesday, January 24, 2012

Running Man Yang Awesome :)

Assalamualaikum....siut je masa aku type entry ni tinggal nak post je komputer terpadam..nasib baik autosaved kalau tak jenuh la aku nak type balik....T____T


Ye semenjak dua menjak ni aku memang gilakan Running man..hah? korang tak tahu apa tu Running Man?..alamak, kalau camtu korang dah kes ketinggalan keretapi ni..hmmm..sekarang tengah hot tau..satu dunia tahu apa tu Running Man..( Man bukan blogger Man Yusoef.haha)...Reality Show Running Man ni adalah rancangan televisyen KBS..Korean punya..untuk Running Man ni diorang kena settlekan beberapa mission bergantung pada jumlah mission yang akan diorang dapat...ada peserta tetap dan ada jemputan jugak...kalau siapa yang ikut Running Man korang mesti dapat bayangkan muka muka semua peserta..serius la aku kalau tengok Running Man kalau tak gelak pecah perut tak sah...mesti korang pelik kan,apasal aku tengok benda ni tapi gelak gelak..padahal Mission game je pun...kalau korang tengok,korang akan faham apa yang aku maksudkan..hahaha..ala korang Google lah..nak cerita nanti sampai esok pun belum tentu habis :) Kat sini siapa yang kutuk kutuk K-POP pun layan Running Man,maka korang bayangkanlah best ke tak benda ni...





380457_348669688478075_153151424696570_1488376_623344123_n
Ji Hyo the one and only peserta perempuan tetap dalam Running Man..





masa awal awal episod ni lah peserta peserta nya...tapi sekarang Joongki dah takde sebab ada komitmen lain...pengacara dia Jaesuk..tapi still main jugak mission tu...Kwang Soo dalam gambar ni nampak hot kan..padahal dalam game dia lah yang paling blur,innocent dan selalu ditindas..haha...Gary tu Couple dengan Ji Hyo..diorang dipanggil Monday Couple sebab diorang couple dalam game ni je...pastu sebab rancangan ni disiarkan pada hari Isnin kat Korea..boleh ek camtu?..haha...Jongkook pulak orang paling takut ngan dia...paling kuat antara yang ramai ni..digelar Spartakook pastu tiap kali dia muncul kat kamera mesti ada bunyi harimau..poyo..haha..Haha pulak panggilang dia Haroro sebab dia suka dress up macam kartun Pororo..alah senang cerita korang tengok lah sendiri...sekarang dah episod 77...aku belum sampai situ lagi...pelan pelan kayuh.haha


ramai yang dah perbah jadi guests antaranya Nickhun dan Taecyon 2Pm, SNSD, IU, Shim Bong Sun, eh ramai lagilah..gila aku nak sebut semua kat sini..*malas sebenarnya..bhahaha*


aku pun baru je belajar tengok Running Man..aku tak download sebab laptop rosak..so tengok kat web je..


Running Man
Running Man Fan Page


tapi aku bertekad nak beli external supaya boleh isi semua episod Running Man..heeee..boleh camtu?...:p


Selamat Menonton daan bergelak sampai sakit perut ~~ huwuwuw

Monday, January 23, 2012

Kenangan Tahun Baru Cina

Assalamulaikum...

Salam hormat. Hari ini iaitu pada tanggal 23 Januari 2012 adalah hari yang menggembirakan buat masyarakat Tionghua kerana mereka menyambut Tahun Baru Cina.Perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dikatakan lebih meriah daripada tahun tahun sebelumnya kerana jatuh pada tahun naga. *dah kenapa ayat aku skema sangat ni..oke fine.nerd T___T*...next perenggan pleaseee

haha aku bukan apa,time raya cina ni lah perut aku akan kenyang dengan limau mandarin..wahahahwau aku makan sampai kenyang..peh nikmat tak terkata..ni baru nikmat dunia.belum lagi nikmat Syurga..Subhanallah :)...aku rasa kalau letak sekotak limau depan aku, tak sedar separuh kotak tu aku telan..haha..

ingat lagi masa kecik dulu, mak cakap kalau makan limau pastu telan biji dia, nanti pokok limau tumbuh dalam perut..maka aku yang noob lagi hina ini akan percaya bulat bulat kata kata mak aku dan menangis tanpa henti sebab takut nanti pokok limau tumbuh dalam perut..deng hidup hidup kena tipu..sampai hati tipu kita tau...wuwuwuwu..
google
kau tengok, gila aku tak nangis kalau aku tahu yang bakal ada pokok camni tumbuh dalam perut aku..huwuwuw

lepas tu lepas tu lepas tu *perlu repeat sampai 3 kali? *dulu masa duduk kat Taman Perumahan,nanti auntie sebelah rumah akan bagi limau sekotak, dengan duit raya untuk aku..masa tu aku kecik lagi..comel pulak tu,manis, baik,lemah lembut..bak kata pepatah macam perempuan Melayu Terakhir lah ! *oi masa tu kau baru umur 5 tahun nampak pulak semua tu.boo~* ..auntie tu baik dengan kitorang sebab kitorang selalu tolong bagikan ayam dia makan bila dia takde kat rumah..hewhew..aku la tu yang pergi reban ayam dia..ihik3..

lepas tu kan, aku ni bukan macam budak lain *oh aku langsung tidak bermaksud nak cakap aku ni awesome..hewhew* kalau budak budak lain tak boleh tengok dan adakalanya sampai demam, tapi aku paling suka tengok Tarian Naga...aku suka la tengok naga tu joget joget..pastu kelip kelip mata.awwww comel sangattt..*jangan gedik*...serius aku suka sangat...tu masa aku kecikla aku suka tengok Tarian Naga sebab Naga ittew comel kannn...pastu buat akrobatik la ape sume..yang paling best bila dorang bakar mercun..pehhh sangat awesome ~~~

comel macam aku kann?..ihik3

tapi apabila menganjak ke alam sekolah rendah, aku mulai merubah niat aku bila tengok Tarian Naga ittew..aku tengok Tarian Naga sebab aku nak tengok siapa yang kat dalam Naga tu..ala yang pakai baju Naga tu la..haha...sebab aku tak tahu kenapa, aku assume yang sesiapa yang pakai costume adalah seorang yang handsome lagi awesome..sebab tu dia pakai costume sebab tak nak tunjuk kehenseman dia kat orang...LOL kan?..bhahaha..sebab tu aku akan fikir sesiapa yang jadi badut ada lah seorang yang handsome..motif kan?....untunglaa siapa yang kerja dia jadi badut tak memasal aku dah puji dia handsome..bhahaha lagi...

ada sekali tu aku ikut Paklong aku gi raya rumah kawan dia..tak silap aku tauke beras lah..kitorang gi la raya, gi kilang dia je...makan limau,minum mineral water je pun..maklumlaa kat kilang apa yang ada..*nasib baik la takde apa apa..*...Paklong aku kalau jumpa kawan dia memang tak ingat la berborak..ohh ye aku pergi dengan ucu aku sekali..masa tu dia anak dara trang tang tang lagi *apekah maksud trang tang tang ittew aku pun tak tahu*...then bla bla bla pot pet pot pet kitorang pun nak gerak balik..huwuwu...ehh aku dapat angpau lah..maklumla masa tu aku comel lagi,kecik,baik hati..*puiiiii*...ucu aku pun dapat tau..heee yela, kalau siapa yang belum kawen memang layak lagi dapat angpau !..aku yang rakus ni pun belum sampai kat kereta aku dah intai kat dalam angpau tu ada berapa...waaaa ada RM20..hui masa tu RM20 macam RM100 sekarang..huwuwuw...banyak gilaaa...oh ye tapi itu dulu,masa aku kecik dan ucu aku masih anak dara..tapi sekarang dia dah ada anak darjah 3...cuba kau orang bayangkan abad berapa kejadian itteww...oke fine aku dah tua...huwwuwuwuw

banyak lagi kenangan CNY aku sebenarnya,tapi kalau cerita semua kang muntah pulak korang..dah macam aku pulak yang celebrate CNY..haha..*nampak tak aku malas type Chinese New Year so guna short form CNY je*...aku baru lepas masak ni...malam ni bakal mertua makcik aku nak datang makan malam sini...aku handle bahagian sayur..haha siap la nak bahagian bagai..boleh masuk Masterchep tak? trululululu....

Happy Chinese New Year Awesome Friends !! (merah ada ongg maaa )

dung dung chenggg dung dung cheng ~~



deng panjang jugak entry ni..maap la kawan2..masa final tak sempat hapdate...haha


Friday, January 13, 2012

Yey Final Dah Habis !

Assalamualaikum...


ye memang aku tengah lega sangat sekarang ni..yela final exam untuk semester 5 dah habis...wewuwuwueuwueuwu..mana tak suka..ahh lantaklah walaupun ramai yang dah habis awal..aku nak jugak berlagak..bhahahah...yang penting dah habis..bhahaha...3 semesters to go :)


eh tapi tadi punya paper aku rasa macam hampeh gila kot..tak berapa nak boleh jawab..aku down la pulak kan..tapi bukan aku je rupanya yang tak leh jawab..bebudak lain pun keluar auditorium tu dengan muka yang sangat hampeh,..huwuwuw..maknanya memang paper tu susah la kan?..haaa..actually pada aku, kalau dah lepas tu lepas lah..malas nak fikir dah...kalau fikir kang sakit hati pulak...baik aku enjoy..bhahaha...


walaupun exam habis dah,tapi takleh nak gi meman jugak sebab esok dan lusa budak budak *nak jugak budak-budak kan* tahun 3 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan kena hadiri bengkel persediaan Latihan Industri semester 6 nanti..ye aku nak LI dah sem depan...kejap je masa berlalu kan?..hmmm..tapi lepas tu balik UTeM setahun dulu baru boleh graad..InsyaAllah tu yang aku dan kawan kawan harapkan..Amin :) doakan kami okay :) thanx in advance..


banyak agenda aku untuk tahun ni sebenarnya...waa aku nak pergi Genting Highland ~anyone?...lagi satu aku nak simpan duit beli hadiah kahwin kak Dayah @ makcik cantik aku..hewhew *duit raya naik skit ek tahun depan*...hadiah untuk dear Nuramira bertunang..adalah lagi..tapi yang ni aku nak buat dulu la..hewhew...


tapi untuk beberapa hari ni nak rest dulu..haha yang penting aku boleh jeleskan dear Khairulazfar sebab habis exam dulu...dia habis 19hb....bhahahaha..padannnn mukaaaa. :p *jalan je keja..bila nak dating ngan kita ntah :p*....


eh btw rumah kak Wardina Safiyya kena pecah masuk ek...kata nya rm20k rugi..ish3..Nauzubillah mintak dijauhkan..nasib baik nyawa tak da ape ape :) Alhamdulillah...


haa lepas tu pulak kes baju pengantin Ezlynn, alah yang nyanyi lagu Hai Hai Bye Bye dulu...*aku terrer sey buat rap lagu tu..bhahaha serius...kalau nyanyi kat karoke aku suka amik part rap *..kata nya majlis indah khabar dari rupa...samalah kes dengan kerja kahwin Memey ngan Norman Hakim dulu...siapa lagi yang nak taja wedding day jota-jota tu kalau tak R bukan tajuk sebenar..*betul ke haku eja ni?..ahhh lantak ! tak amik port*...tak leh la, hope nanti Yusry KRU ngan Lisa please jangan la bagi tajuk R taja apa apa..tak yah juta-juta pun takpe,simple simple lagi peminat suka..dan yang penting pakai duit sendiri..lagi bermakna..ni kalau juta juta pun,last last kena kutuk..hmmm.aku tumpang kesian la sey dengan mereka yang ditaja..bunyi "ditaja" memang best tapi kalau end up like this,better don't...*nasib aku bukan artis Malaysia,nanti kahwin,paling paling pun pakat kampung yang taja aku...tak pun family,makcik pakcik..aku artis UTeM je..tupun bekas..isk isk isk T______T*


*mesti aku rindu ngan Amal,Ekin,Mida.....:) 6 bulan tak jumpa ibarat berpuluh tahun lamanya...*PUII*



Running Man best gila babas...
oke fine gambar takde kaitan..bhahaha lantak !


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, January 11, 2012

Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Assalamulaikum..


okay nak type cepat cepat sebab nak study..esok ada paper Electric and Electronic Practices.


Ni senarai Top 5 setiap Kategori untuk Anugerah Bintang Popular tahun 2011..


Pengacara Lelaki


1. Ally Iskandar
2. Awal Ashari
3.Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5.Zizan Razak


Pengacara Wanita


1. Fara Fauzana
2.Cheryl Samad
3.Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5.Nurul Syuhada


Penyampai Radio Lelaki


1.Faizal Ismail
2.Aznil Nawawi
3.Halim Othman
4.Khairil Rashid
5.AG


Penyampai Radio Wanita


1.Fara Fauzana
2.Linda Onn
3.Abby Fanatic
4.Sharifah Shahira
5.Raja Azura


Pelakon TV Lelaki


1.Aaron Aziz
2.Ady Putra
3.Remy Ishak
4.Fizz Fairuz
5.Fauzi Nawawi


Pelakon TV Wanita


1.Fasha Sandha
2.Tizz Zakyah
3.Nora Danish
4.Scha Al-Yahya
5.Rozita Che Wan


Artis Komedi Lelaki


1.Zizan Razak
2.Johan
3.Nabil
4.Along Cham
5,Afdlin Shauki


Artis Komedi Wanita


1.Norkhiriah
2.Sharifah Shahira
3.Alliza Abdullah (enot)
4.Didie Alias
5.Kenchana Dewi


Penyanyi Lelaki


1.Faizal Tahir
2.Anuar Zain
3.Aizat
4.Hafiz
5.Black


Penyanyi Wanita


1.Najwa LAtif
2.Yuna
3.Alyah
4.Shilla Amzah
5.Stacy


Pelakon Filem Lelaki


1.Aaron Aziz
2.Shaheizy Sam
3.Adi Putra
4.Syamsul Yusof
5.Bront Palarae


Pelakon Filem Wanita


1.Maya Karin
2.Lisa Surihani
3.Diana Danielle
4.Yana Shamsuddin
5.Eja


Artis Baru Lelaki


1.Johan Ashari
2.Hazama
3.Awi Rafael
4.Aeril Zaefril
5.Beti Khusyairy


Artis Baru Wanita


1.Tasha Shilla
2,Izara Aishah
3.Najwa Latif
4.Nur Fathia
5.Neelofa


Artis Duo/Berkumpulan


1.Forteen
2.Shilla Amzah,Ning Baizura,Jaclyn Victor
3.6ixth Sense
4.Meet Uncle Hussin/Hazama
5.Bunkface


aku teka je pun..kalau salah takde hal.sebab aku oke je dengan pencalonan ni..aku tak bias..walaupun aku ni peminat fanatik Syamsul Yusof dan Forteen, tapi calon lain yang aku rasa akan menang tu logik sebab memang diorang bagus..apa pun Syamsul banyak menang anugerah terbaik..takpe la tak menang popular..hewhew...aku sokong industri filem tempatan !!!hope dapat la tengok nanti..hewhew..diorang menang dalam hati aku..heee..hope Syamsul Yusof baca ni..:)




Monday, January 9, 2012

Nak Naik Roller Coaster !

Assalamulaikum..


Tadi aku browse youtube saje saje la...bosan pulak *orang lain sibuk study kau ada masa bosan eh Farah?* diam ah kau, aku tension la gila*...Actually aku dah lama simpan dendam nak naik roller coaster..sebab aku sukakan benda benda yang ekstream camni..huwuwuw *mesti korang pelik kan..aku lembut tapi nak naik roller coaster...LOL  hahahahaha poyooooooooooo*....


Tapi tadi aku terpress *ter ke saje LOL* link World most fastest and scariest roller coaster and ride in the world..huwuwuwuw...best gila la seyy..makin membuak buak perasaan aku nak naik roller coaster..Kilik sini dan tengok sendiri..hewhew...tak dapat kat luar negara yang aku pun tak tau bila la nak jejak kat sana tu, kat Genting Highland pun boleh laa...sebab masa aku pas SPM dulu, ada buat family trip pergi sana..tapi paham paham jela pergi dengan mak ngah aku..dia yang support then bawa anak dia berjalan..masa tu baru darjah 3 kot...


aku ngan cousin yang lain mana la nak dapat naik roller coaster..kitorang kena naik ulat yang lembab nak mamp** tu..aku redha sajelah..hewhewhew..tapi yang swing tu aku naik 5 kali kot...hahah turun, beratur lagi..turun balik beratur lagi sampai akak yg jaga pagar menyampah agaknya tengok aku ngan cousin aku..bhahaha...lantak, tiket tu bayar oke...all day..then sampai hujan kitorg still naik lagi,basah kuyup..haha..seronok gila..


btw esok ada paper..wish kita luck eh...eiii still nak g Genting Highland naik roller coaster...warrgghhh sape nak ikut ? jommmmm !!


ohhh please this is calling me mannnn....i wanna go indeed !!

and also this one


and absalutely this one !


ohh please !!!! i want !!!

ohh i should stop by now...coz I keep imagine it...

jom kita?

ada 3 papers lagi..wish us luck indeed.. <3

assalamualaikum :)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...