Pages

Saturday, August 24, 2013

Masih Aidilfitri

Assalamualaikum,


4 bulan tinggalkan belog tak terusik sibukkan final year project...apepun, kita masih di bulan Syawal kemenangan,

Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

PrayForEgypt

Monday, April 22, 2013

Adab Mengejutkan Anak Dari Tidur

Assalamualaikum...




Gwiyomi nya awak ni ! 


Dalam post ni , aku nak kongsi adab kita mengejutkan anak dari tidur...walaupun aku takde anak, *well tapi aku nak berkahwin dan ada anak sendiri one fine day In Shaa Allah, hewhew* , tapi aku rasa, since bila seseorang tu tidur adalah keadaan separuh sedar, atau senang cerita mati seketika la...we should look at this seriously , to treat human well..easy principle of life, what you give, you get back.. :)


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.


Aku paling pantang kalau orang kejut seseorang yang sedang tidur, dengan cara kasar, contohnya macam , pukul dia kekuat, atau pun terperanjatkan dia..tau la kan waktu tu keadaan roh dengan jasad camne kan..so faham faham la...susah sangat ke nak respect orang...lelagi kalau orang tu tidur dengan sangat pulas, oh maksudnya lena yang teramat, mungkin dia letih...so, please...treat people well, others can treat you as the same way...





all source : Google and facebook.

sekian perkongsian dari perkongsian untuk dikongsi...

Assalamualaikum w.b.t 

Jom balik undi ! 

It's Been A While


Assalamualaikum.....

It's been a while I didn't post anything...So I just wanted to say hi, dan 


selamat MENGUNDI...UNDILAH DENGAN BIJAK...SAYA PILIH MALAYSIA...hewhew

Tuesday, March 12, 2013

Camwhore : Maafkan I , hahah

Assalamualaikum..

ahkak rasa dah lama la tak hapload gambar dalam ni, bagilah aku chance eh, sekali ni je..hahah, okebai


I feel like a rainbow tangat O.o 


Oh ye, ni last voucher aku, sebab aku kan final sem, ohhh tak merasa la lagi voucher BB1M, sobs


Comel gla Chicky ni jejoget lagu Wondergirls, aku ingat nak join, tapi layak kena kutuk jela..harharharom


My youngest sister, masa ni umur dia baru 10 bulan :)


okay, motif gambar ni aku nak tunjuk jam baru, mak belikan semalam sempena harijadi mak, EH aku pulak dapat present, thank you mak, lebiuuuu


Youngest sibling yang dah 2 tahun :) , omeinyaaa


last but not least, award aku untuk Anugerah Kecemerlangan Kebudayaan Individu, berbaloi usaha aku nyanyi sana sini wakil UTeM, thanks kepada semua yang sentiasa support saya, dari family, Sir Hamidi (vocal and music coach) , bandmates, kawan kawan UTeM, lecturers , dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak *peh mcm artis pulak, POYO laaa hai*

till then, ciau
Assalamualaikum

#Al-Fatihah untuk ayah Amal yang pulang ke Rahmatullah semalam, semoga ditempatkan bersama golongan beriman, semoga Amal dan keluarga kuat dengan ujian ini...

Sunday, March 10, 2013

Skin Care

Assalamualaikum...w.b.t

Ini adalah sebuah cerita tentang seorang blogger picisan (hakhak) yang sebelum ini sangat tidak menjaga kulit wajahnya kerana berpendapat jikalau tiada jerawat maka tiadalah masalah kulit (so lame SOBS) . Akan tetapi, apabila umurnya menginjak 20 ++ tahun, seorang blogger picisan itu merasakan adalah sebaiknya beliau mula menjaga kulit muka yang semakin menghampiri kadar penuaan , demi mengekalkan keremajaan dan kecomelan wajahnya supaya tidak kelihatan tua tetapi muda sentiasa. sekian, Selesai perenggan pengenalan, lepas ni kita cakap bro bro je k 

Aku buat facial kat rumah je memandangkan aku ni cuma seorang blogger yang masih belajar dan tak mampu pergi spa seperti mak mak datin yang mempunyai suami seorang datuk.  Iolls? *krik krik cengkerik berbunyi* , 

Apa yang akan aku kongsikan hari ini cuma penjagaan asas wajah, bagi mereka yang sibuk dan perlukan budget yang kecil untuk menjaga kulit muka. Sebab extra care boleh dilakukan seminggu sekali atau dua kali.Akak Parah kau ni sebagai seorang yang turut sama berada dalam kategori tersebut (padahal bukan la sibuk mana tapi bebuat sibuk ) maka sesuailah cara ini untuk ahkak .

Kulit aku sesuai dengan produk Safi, selain ia Selamat dan Suci *bak kata trademark Safi kennn* , ia juga sesuai dengan particular skin types di samping murah habaq hanggggg , aherherher

Okay adik adik, harini kita akan ada basic beauty class bersama Kak Farah !! 

mula mula, masa mandi tu, aku pakai Pencuci Muka Safi untuk buang segala kotoran yang ada kat muka, maklumla ahkak Parah kau ni kan pergi kelas merempit, so peratusan kena asap asap lori dan bas tu besar, kenala basuh muka iolls ni haaa



ni pencuci muka Safi, actually banyak jenis, tapi aku lebih suka yang Gamat, nak padankan dengan moisturiser Gamat . ini untuk basuh muka gua yang  rempit ni dari segala asap bas , lori dan sewaktu dengannya.


selepas membuang segala habuk dari asap lori dan bas, kita menyapu toner supaya terasa lebih segar dan liang liang pori kembali bernafas EH , toner ni untuk buang sisa kotoran, *nampak sangat bayak kotoran* sesuai disapu dengan kapas muka.tolong jangan pakai span badan, kau gila, bercalar muka, jangan salahkan ahkak k.


langkah terakhir, adalah moisturiser atau dalam bahasa Melayu nya pelembab muka..sapukan serata muka dengan urutan lembut supaya ia meresap ke dalam kulit gicew...korang jangan risau, produk ini hanya berkesan melembabkan muka sahaja, buka otak korang, so masalah otak lembab boleh dielakkan.kalau adapaun, tu memang korang yang lembab malas belajar...eh emo pulak Kak Parah kau O.o

lepas pakai tiga tiga ni, korang boleh tidur dengan aman, tapi pastikan semayang dulu, kalau tak nanti tidur berselimut kulit khinzir, ayok ~

dan lagi satu boleh fefeeling Shine Bright Like A Diamond giceww
OST Diamond - Rihanna

kena jaga wei kulit muka, tapi bukan muka je, satu badan, lebih selesa..bagi yang dah menikah, jaga untuk suami, *mood berangan turn on*

skin care yang lain, nanti aku cerita lagi, eleh macam good good je gua nak cerita pasal skin care...HAHAHAHA TROLL FACE.

okay ciau, Assalamualaikum.

Saturday, March 9, 2013

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan

Assalamualaikum w.b.t


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



Sesungguhnya, kita anak anak adam dan umat Nabi Muhammad S.A.W kena sedar Syaitan selalu ingin menyesatkan kita dengan hasutan hasutan ..terpulanglah kepada kita untuk menolak atau sebaliknya, MasyaAllah, semoga Allah memberi ita kekuatan menentang musuh Islam terbesar ini..Aamiin In Shaa Allah

Source : Facebook

Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu : Let's Pray For Peace and Safety

Assalamualaikum...

Ya Allah, rasanya tak sanggup aku nak bercerita pasal ni..sebak rasanya nak memulakan bicara..seorang demi seorang perajurit kita terkorban dalam misi menyelamatkan Sabah daripada serangan penceroboh...Ya Allah, hanya kau yang mengetahui semua ini, kuasaMu yang tiada tandingan..tunjukkan kebenaran Mu Ya Allah..bantu mereka , kuatkan hati mereka supaya berjuang kerana Mu...


Setakat post ni di update, Malaysia telah kehilangan 8 orang pejuang bangsa dan tanah air yang diserang hendap oleh penceroboh Kesultanan Sulu...mereka mahu tanah Sabah ke tangan mereka kembali..Ya Allah, tolongla, nenek moyangmu telah menyerahkan pada kami..sedarlah..jangan gadaikan nyawa perajurit kami...

Rejimen Askar Melayu Diraja sudah mula membuat gerakan setelah beberapa hari menunggu semboyan..Ya Allah, selamatkan negara kami...tunjukkan kekuatanMu..kehebatanMu...

Al-Fatihah untuk yang terkorban, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman..budi mereka mempertahankan bangsa tak dapat dibalas...semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga..Ya Allah...

Doa kan keamanan negara, doakan keamanan di mana mana...

Assalamualaikum...

Saturday, March 2, 2013

No Clues, No Rules

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat, salam 1 Malaysia , Salam 1 UTeM , salam buat kekasih EHHHH  O.o

Nak cakap "berdirinya saya di sini tak boleh sebab aku tengah meniarap " okay, meniarapnya saya di sini adalah untuk meng hapate belog ini, supaya Nuffnang terus berjalan hemo hemo terima kasih. amboi.

ini adalah perenggan pengenalan kedua, aku pun tak tahu mana aku belajar perenggan pengenalan ada dua O.o , nak bagitahu, entry ni mungkin panjang sikit, sikit la mungkin..tapi jangan risau, kita letak gambar, so tak boring sangat nanti hiks , maklumla ni kan belog aku...*miahahah*

Aku start dengan kejadian kat Lahad Datu, Sabah...aku mintak kita semua luangkan beberapa ketika, sedeqahkan Al-Fatihah dan doa kepada perwira kita yang terkorban dan yang masih berjuang untuk negara...

..........................................................................................................................

back to business , dan entry aku ni masih belum membayangi tajuk..alah korang mcm tak biasa pulak ngan aku kan..hahah, maksudnya kan sebenarnya kan, takdelah cerita fokus dalam post ni, semua benda aku campur, kenapa? EH SUKA HATILAH miahahah

aku tengah sibuk dengan Final Year Projek ni, supervisor aku dekan tau, hehe...he's easy to work with :) mcm bapak bapak gicew..kalau meeting 1 jam, 15 minit je cakap pasal FYP, yang lain gosip je..haha..* isi kandungan gosip adalah sangat private and confidential* suka hati aku je nak lepak dalam bilik dia, atas sofa, dia buat kerja kat meja dia..kadang2 aku panggil dia daddy...hewhew

tadi masa memula tekan button new post, mcm banyak je aku nak cerita..lepas tu, dah buat benda lain, aku dah takde idea..Melayu mudah lupa betullah aku ni..oh ye baru aku ingat, semalam aku terminum susu ada semut, sebab tu la aku lupa..so still ada 42 hari lagi kadar kelupaan aku..SOBS koajaaa semut

disebabkan aku dah ter Melayu mudah lupa, aku taknakla jadi munafik pulak, tai aku janji nak letak gambar kan? so aku letak lah gambar, temanya, SUKA HATI AKU LA GAMBAR APA AKU NAK LETAK SEBAB INI BELOG AKU...eh panjang pulak tema dia..

Comelnya cousin I ! nak gigit !


Kegilaan aku terhadap Running Man, menyebabkan aku jatuh cinta pada Lee Kwang Soo , POYO

 Ini adalah koleksi Safi aku, belum campur krim siang dengan malam sebab tunggu duit PTPTN masuk dulu..ape benda la lambat sangat, acane nak beli..hewhew *NAK JADI DUTA BOLEH TAK?* takleh, tak muat tv..miahahah



My mind and brain need some treatment :)

till then, good night

Assalamualaikum..semoga saudara se Islam kita yang berjuang, dirahmati Allah, Aamiin

Tuesday, February 19, 2013

Zikir Harian :)

Assalamualaikum...Hai korang, harap semua sihat la ye !  ni aku nak share antara zikir yang kita boleh amalkan dalam seharian..InsyaAllah, kta usaha sama sama k :) love !

ZIKIR HARIAN :
HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X )

HARI ISNIN : La haula wala quwwata illa billa
hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X )

HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X )

HARI RABU : Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X )

HARI KHAMIS : Subhanallahii 'a ziim,Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )

HARI JUMAAT : Ya Allah ( 1000 X )

HARI SABTU : La ilaha illallah ( 1000 X )


till then, Assalamualaikum..

Friday, January 11, 2013

Women

Assalamualaikum..


just a short sharing

Every girl ought to know how to stand on her own feet without having a man to fall back :')

Till then, take care and good night..

It feels good when you're back in blogging,...

Monday, January 7, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke 27

Assalamualaikum...

Selesai sudah acara berprestij yang mempertandingkan lagu lagu terbaik di Malaysia..Segalanya sudah selesai...Havoc okay...Aku gagahi jugak buat entry ni, walaupun aku ada exam beberapa jam daripada sekarang..mihmih




Aku makan laju laju * tak , ini hanya drama, aku makan dengan kadar normal je* supaya dapat tengok AJL right from the start..sebab aku ada baca tweet Misha Omar yang dia akan nyanyi BBC ...hihi


Pembukaan


Dimulakan dengan persembahan pembukaan yang sangat legend daripada Misha Omar yang mendendagkan lagu Bunga-Bunga Cinta, cukup memberi keindahan kepada penonton. Bagai membawa kita ke tahun AJL lagu ini dipertandingkan..Suara Misha masih lagi seperti dulu ! Sedap ! .Bertemakan Aspirasi Seni, seterusnya diikuti dengan Ziana Zain dengan lagu Fantastik dan Faizal Tahir dengan lagu Anti Graviti. Gimik yang digunakan ialah konsep graphic background yang unik dan boleh diberi pujian, cuma kekurangan ‘synchronise untuk gimik ini kurang. FT terkeluar daripada lighting..heee (apasal ayat gua mcm karangan SPM ni?) Why so serious? O.o


Pengacara,


 Faizal Ismail dan Cheryl Samad memang menceriakan suasana.Korang tau kan, FBI buat lawak hawau dia atas pentas tu, buat aku tergelak sakit perut je..Serius aku rindu masa diorang acarakan majlis ni sekali dgn Ally Iskandar dgn Fara Fauzana.Yang paling takleh blah,asik kenakan orang je, lepastu sendiri tersasul, nak cakap pemenang akan menyusul, tapi gi cakap, pemenang akan menyesal..padan muka..bhahah


Let's start, the finalists


Ombak Rindu - Hafiz ft Adira - Macam biasa, penuh drama, suara best , baju cantik,Intro ada video Aaron nangis menyesal, bila dah nak habis lagu, Aaron muncul atas pentas, dukung Adira, semua penonton menjerit.Sekian..hahah


Patah Seribu - Shila Amzah - Serius aku cakap puisi tu serangkap dua cukup kot sebab indah sgt, tapi end up panjang sangat dan mula boring, then buat dia penat bila menyanyi..Baju macam tak kena dan buat Shila nampak gempal, ramai komplen make up terlalu heavy, kadang kadang off tune sikit, tapi vokal dia improve la, sejak menang kat China tu..And she was standing alone on the stage..hee Tahniah Shila :)


Simetri - Hazama ft Amy Search - memula aku terkejut dgn tanda kat dahi hazama tu macam mata dajjal, serius, tapi bila tgk balik bukan, tapi mcm tanda la, konon macam terminator ngan predator la..haha, still vocal okay, collaborate dengan Amy nampaknya berjaya cuma pentas tu penuh sgt la..heee 


Idola - Azlan & The Typewriter - aku memang adore suara Lan dari Laguku Untukmu lagi dah..untuk malam ni, dia guna konsep make up muka sebelah dia tu..and then aku rasa Bunga yang makeupkan dia..haha..but as always, suara best dan persembahan tak heavy dan tak bosan.


Stacy - Pelangi Senja - Baju Stacy cantik, dan Stacy comel.Baju ada ekor warna warni, since sebab lagu pelangi kot. Suara husky dan agak bertenaga, konsep jeti atas pentas..dan peluang vocal terbaik tu ada la.


Lagu - Bedroom Sanctuary - okay this is awesome, start with unplugged , lepas tu tukar raggea then baru naik jadi band concept.Tambah lagi dengan iringan orchestra. Santai je..Ada sikit gimik, macam film jammed, dan lagu diteruskan lepas betulkan film. Such a nice concept untuk pendatang baru untuk pentas AJL.


Tanpamu - Amir Jahari - puas aku fikir siapa dia ni.Baru ingat, peserta AF9 yg kena buang AF sebab takde peningkatan, and look where he stand now ! on AJL stage..konsep macam Gotye. menghiburkan, menunjukkan Aspirasi seni sebab macam basking tepi jalan. tahniah atas kelayakan ke AJL, boleh cuba lagi.


Teman Pengganti - Black ft RJ - Serius aku rindukan Malique atas pentas.Tapi RJ bawa rap part dgn baik sekali.Konsep berputar atas pentas, dan gaya nyanyian Black membuat lagu ni sangat mendalam, RJ rap clear, best ! serius.


Terukir Di Bintang - Aizat (o.a Yuna) - Gaya santai Aizat dengan secawan Nescaffe sangat simple. Tapi sebab key lagu ni original, so terlalu rendah buat vocal Aizat.Still best sebab Aizat kan..heee, The Pahlawan pun santai jugak..Santai concept lah kiranya..hee


Ku Akui - Hafiz - Vokal Hafiz mmg takleh nak ckp ape lagi dah.mmg hebat.takde cacat sikitpun masa dia nyanyi..pitch, tone, tempo, most perfect..Aku mmg calonkan Hafiz untuk vocal, since dia dh mng 2 kali sebelum ni, berturut. (Noktah Cinta, Awan Nano)


Andaiku Bercinta Lagi - Mojo - Lagu ni mmg sedap, konsep English Style, Marsha Milan sbg penyanyi falsetto latar dan heroin, vocal Aweera mmg power untuk lagu rock.Power habis,..Ada Edry jugak, main keyboard. Lagi best sebab ada masuk orchestra part, everything was just fine.


Anak Kampung - Jimmy Palikat ft One Nation Emcees - Seakan membawa konsep kampung, mmg kenala ngan lagunya, ada dikir barat, tarian rakyat Sabah, aku rasa kalau ada tarian buluh lagi best.Cuma baju Mimi jela pelik sebab kebaya ngan boot...hee, aku rasa kalau boot getah sawah tu lagi ok, br bebetul kg..mihmih, but nice !


FUHHHHH...aku tak letak pun nama pencipta lagu, padahal diorang lagi layak..wkwkwkw


Persembahan selingan, berkonsepkan Rocks Never Die, mmg gempak gila..gabungkan Rody Kristal, AG Coco, Edrie Hashim ngan Man Kial, pentas tu ah mcm konsert rock wo ! bila Rahmat Mega masuk nyanyi Bayangan Gurauan, lagi havoc, suara maintain penonton dibekalkan headlighting untuk dilambai masa segment ni.. next, Aris Ariwatan dgn Lamunan Terhenti *lagu wajib ayah aku kalau karaoke*, huwaa bestnya ! suara sedap lagi, next is Joey BPR dgn Seribu Tahun Takkan Mungkin, penonton sing along, yg paling best ! dan korang tau la apa jadi bila papa rock Ramli Sarip masuk, mcm nak runtuh stadium Putra tu..haha gila best dgn Lagu Kamelia ! I wish aku ada kat sana time ni jadlah ! Segment ni legend gila wa cakap lu !bhahah


Pemenang


Juara - Terukir Di Bintang - Aizat (o.a Yuna) by Yuna
Kedua - Idola - Azlan & The Typewriter by Audi Mok
Ketiga - Ku Akui - Hafiz by Ajai
Vokal Terbaik - Hafiz 
Persembahan Terbaik - Teman Pengganti - Black ft RJ


TAHNIAH !


everything under controlled, yg tak mng blh cuba lagi..jumpa di AJL28 !..Martabatkan Industri Muzik Malaysia..*berhibur boleh, tetapi jangan melampau* err korang jgn mrh aku kalau ckp pasal vocal, sebab aku penyanyi kat U aku dan aku belajar vocal, so itu pengalaman aku dalam bidang suara..heee chill ok.


Assalamualaikum !


p/s doa semoga dijauhkan dr taufan yg dijangka melanda pantai timur..

Sunday, January 6, 2013

Rainbow Al-Quran : How To Have It !

Assalamualaikum...Serius, aku tak pernah se exited ni, sampai promote something dalam blog aku...kalau ada pun, review tempat, tapi something ini sangat bermakna, so why not ? 

InsyaAllah, bulan depan Rainbow Al-Quran akan sampai kat tangan aku..sebenarnya, bukan aku yang jual, tapi kawan aku..since aku rasa ramai kot yang berhajat memiliki,,aku rasa nak tolong promote dekat korang semua..sharing kan caring gicewww :) serius aku exited ! *teary eyes :')

All information and inquiry , please contact or inbox :

Whatsapp : 016 7760791 (Fazeera)
Facebook : Nur Fazeera


aku post gambar ni je kat Facebook aku, 4 orang kawan aku dah buat pre-order..dan ramai yang berminat..cepat la ! semoga lepas ni kita rajin baca Kalamullah ! :)


Aku tak kesah kalau ada orang kata aku nak baca sebab cantik, sekurang-kurangnya aku cari jalan camne nak banyakkan baca Quran daripada tak buat pape..aku memang suka baca, hati tenang :)



Rainbow Al-Quran : Colors option

Rainbow Quran
New Design of Rainbow Quran with Resm Uthmani 

- Available in one standard size : 12cm x 16cm 
- There are 30 colors in 30 chapters 
- Cover is made of velvet
- Available colors : Magenta, Soft Blue, Soft Pink, Purple, Gold and Red.
- Without translation, in Arabic only

Harga :
RM90 include postage cost Sem Malaysia




RAINBOW ALQURAN WANITA MUSHAF AL BURHAN
(Rainbow + Tajwid + Edisi Wanita + Baldu)

RM90 TERMASUK PENGHANTARAN (POS LAJU)

Dengan 14 keunggulan :
1. 744 halaman berwarna dengan frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Tabel ibadah rawatib wanita
8. Tabel Ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedi ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita
14. Tajwid dengan Sistem Warna


AL QURAN UMMAHATUL MUKMININ
Kandungan:

- Al-Quran dan terjemahan 30 juz lengkap
- Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
- Hadith Arba'in Nisaaiyyah
- 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
- Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
- Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
- Carta tentang wanita-wanita yang haram dinikahi
- Carta tentang ibadah rawatib wanita
- Gelaran dan jolokan yang diberi dalam Islam buat wanita
- Soal Jawab Fiqh Wanita
- Kisah-kisah sejarah wanita-wanita yang disebut di dalam Al-Quran
- Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasa sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..

Harga :
RM65 termasuk kos postage Sem Malaysia
RM85 termasuk kos postage Sabah/Sarawak


Penghantaran akan dibuat selepas stok sampai dari supplier , so make your pre-orer now !

Semoga usaha kita untuk memperdengarkan Kalamullah akan tercapai ! Allah Maha Mengetahui...Niat aku cuma nak berkongsi keindahan dengan korang semua..:) Allahu

Saturday, January 5, 2013

Mastercopy Enterprise

Assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau jawab, sayang LOLOLOL sweet tak aku? mihmih

Let's straight to the point and don't belok belok..kalau tak kang aku mesti lari dari tujuan sebenar, korang bukan tak tahu aku ni camne, eleyyy, tengok sekarang pun aku dah lari tajuk..let's go to the main topic. O.o

Bukit Beruang, Melaka : Mastercopy Enterprise menyediakan perkhidmatan printing dan photostat, photography dan penjualan t-shirt dan laminating.Selain itu, Mastercopy Enterprise juga menjual custom made button badge (kalau aku kahwin nanti aku nak buat jugak badge ni bagi kat penanggah sorang satu, hebat bukan? ngeh3) , hard cover, dan beberapa produk lain. Tujuan laporan ini adalah untuk memasarkan service Mastercopy Enterprise ke persada dunia..*e'eh ter over pulak I*. Tak payah cakap banyak, kita cekidaot je gambau gambau kat bawah ni *gua orang Johor tapi gua bangga sebab pandai cakap Melaka , okay ini tidak penting* Sekian, laporan awal, Esetero Awan Yang Terpilu.




sila klik untuk tumbesaran, jangan malas boleh tak? hewhew

This is Printed T-Shirt, custom


Perasaan aku jeke atau memang ada T-Shirt Running Man kat gambar ni...haha, I need my time to sketch my Running Man's t-shirts !!! arghhh *I sibuk macam menteri u olls*

dan yang lain ni jenis jenis design yang ada jugak..sila lah cuci mata..buat tshirt kelab ke, korporat ke, tshirt kenduri kahwin ke *eh tu aku pun nak..*

Harga boleh runding sampai lebam *jangan salahkan aku kalau korang keluar dari kedai lebam lebam, siapa suruh runding sampai lebam kahkah T___T*



              












Button Badge pun ada: RM1 - minimum order 100pcs


cuba bayangkan masa kahwin nanti aku pakai badge ni, bride : Farahana hahaha sweetnya ! LOL korang jangan marah aku sebab verangan, aku kan dah final year..mihmih T_____T



Hard Cover



Aku aim ni untuk Projek Sarjana Muda aku nanti..mihmih



To more info and any inquiry about the service provided, please call

Mr. Amir and Mr Izzwan

06-2319761 / +6012-5361358 / +6013-6385426 


 Facebook Page : Mastercopy Enterprise (more services requires)


Opening hours : 9AM - 9PM (Monday - Sunday)

Okaylah u olls, I olls nak cadangkan barang sesiapa yang ada kat Melaka ni, Bukit Beruang tu, duduk Hostel Bunga Raya, dah dekat dah tu...sila lah menjamu selera sambil memfotostat buku rujukan sebagai penjimatan cost daripada membeli buku original yang mahal sebab dekat dengan Restoran Pantai Timur..oh ni aku biasa buat walaupun aku belajar subjek Intellectual Property..huahuahua >.<

check out the Facebook page and see all of the services provided by your own..any inquiry, do contact the lines given...thank you.

alamak rindu pulak time LI, dey alls ni senior UTeM aku, kenal masa LI dulu..kira tolong menolong la ni...ukhwah gittew mihmih

lapar
Till then, chow
Assalamualaikum w.b.t

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...