Ini adalah sebuah cerita tentang seorang blogger picisan (hakhak) yang sebelum ini sangat tidak menjaga kulit wajahnya kerana berpendapat jikalau tiada jerawat maka tiadalah masalah kulit (so lame SOBS) . Akan tetapi, apabila umurnya menginjak 20 ++ tahun, seorang blogger picisan itu merasakan adalah sebaiknya beliau mula menjaga kulit muka yang semakin menghampiri kadar penuaan , demi mengekalkan keremajaan dan kecomelan wajahnya supaya tidak kelihatan tua tetapi muda sentiasa. sekian, Selesai perenggan pengenalan, lepas ni kita cakap bro bro je k
Aku buat facial kat rumah je memandangkan aku ni cuma seorang blogger yang masih belajar dan tak mampu pergi spa seperti mak mak datin yang mempunyai suami seorang datuk. Iolls? *krik krik cengkerik berbunyi* ,
Apa yang akan aku kongsikan hari ini cuma penjagaan asas wajah, bagi mereka yang sibuk dan perlukan budget yang kecil untuk menjaga kulit muka. Sebab extra care boleh dilakukan seminggu sekali atau dua kali.Akak Parah kau ni sebagai seorang yang turut sama berada dalam kategori tersebut (padahal bukan la sibuk mana tapi bebuat sibuk ) maka sesuailah cara ini untuk ahkak .
Kulit aku sesuai dengan produk Safi, selain ia Selamat dan Suci *bak kata trademark Safi kennn* , ia juga sesuai dengan particular skin types di samping murah habaq hanggggg , aherherher
Okay adik adik, harini kita akan ada basic beauty class bersama Kak Farah !!
mula mula, masa mandi tu, aku pakai Pencuci Muka Safi untuk buang segala kotoran yang ada kat muka, maklumla ahkak Parah kau ni kan pergi kelas merempit, so peratusan kena asap asap lori dan bas tu besar, kenala basuh muka iolls ni haaa
ni pencuci muka Safi, actually banyak jenis, tapi aku lebih suka yang Gamat, nak padankan dengan moisturiser Gamat . ini untuk basuh muka gua yang rempit ni dari segala asap bas , lori dan sewaktu dengannya.
selepas membuang segala habuk dari asap lori dan bas, kita menyapu toner supaya terasa lebih segar dan liang liang pori kembali bernafas EH , toner ni untuk buang sisa kotoran, *nampak sangat bayak kotoran* sesuai disapu dengan kapas muka.tolong jangan pakai span badan, kau gila, bercalar muka, jangan salahkan ahkak k.
langkah terakhir, adalah moisturiser atau dalam bahasa Melayu nya pelembab muka..sapukan serata muka dengan urutan lembut supaya ia meresap ke dalam kulit gicew...korang jangan risau, produk ini hanya berkesan melembabkan muka sahaja, buka otak korang, so masalah otak lembab boleh dielakkan.kalau adapaun, tu memang korang yang lembab malas belajar...eh emo pulak Kak Parah kau O.o
lepas pakai tiga tiga ni, korang boleh tidur dengan aman, tapi pastikan semayang dulu, kalau tak nanti tidur berselimut kulit khinzir, ayok ~
dan lagi satu boleh fefeeling Shine Bright Like A Diamond giceww
OST Diamond - Rihanna
kena jaga wei kulit muka, tapi bukan muka je, satu badan, lebih selesa..bagi yang dah menikah, jaga untuk suami, *mood berangan turn on*
skin care yang lain, nanti aku cerita lagi, eleh macam good good je gua nak cerita pasal skin care...HAHAHAHA TROLL FACE.
okay ciau, Assalamualaikum.
3 comments:
I pakai Safi jugak. Tapi dia punya pencuci muka je. Beli jugak toner tapi tak pakai2 sampai ke sudah. Haha~
Aida : laa kenapa tak pakai? pakai la, sejuk ~~~
Ehem. Biasa la. Malas. Haha! ;p
Post a Comment