Sebenarnya tak lah awal mana pun kan ucapan raya ni haa...tinggal berapa hari je pun..tapi sebab rasanya tak online dah untuk masa masa nak raya ni...maklumlah busy *busyla sangat kau tu Farah oiii*...banyak keja rumah nak buat...raya ni kan semua nak kena buat...kemas kemas, lap lap, sapu sapu, susun susun, tukar tukar ...*saja gandakan kata kerja supaya nampak lagi drama dan kerja aku seakan akan banyak gila padahal tak la banyak mana pun..TQ*
Tahun ni rumah aku tak pasang likur pun..pelita laa...minyak banyak nak pakai...lagipun banyak kerja lain yang aku kena cover...*cakap jela kau tak rajin*...takpelah, takde pelita pun raya meriah jugak...alah, kalau aku pasang pelita nanti adik adik aku main api kat luar rumah..ish ..ape pun tak boleh..eh bila nya ucapan aku nak keluar ni...next !!!
Saya Nurfarahana Abdul Aziz, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan, tak kira satu Sekolah Kebangsaan Tenang Stesen ke, satu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam ke, satu Universiti Teknikal Malaysia Melaka ke, cikgu-cikgu mahupun rakan rakan facebook dan Sahabat Blogger...Seribu kemaafan dipinta atas segala salah dan silap, semoga kita semua semakin muafakat, bersatu padu dan saling menyayangi antara satu sama lain...dan semoga kita semua diberkati Allah dan dilimpahi rahmat dari-Nya...Aminn...*okay tahniah ucapan macam menang anugerah...tettt*
\
Raya ni memang sedikit kurang kalau takde lagu raya..tapi masalahnya lagu raya tajuk semua lebih kurang..last last tak tahu apa tajuk, bila muzik dah start baru tahu lagu ape kann..haha...tapi ini ada satu lagu memang feel raya pada aku...betul punya feel raya...heheh...tapi lebih feel bila dengar takbir raya yang indah...btw,check this out !
Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa
Seruan kita
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya
Untuk semua
Selamat selamat
Selamat hari raya
eh okay lah, gila kan time ni baru buat entry..pulak tu kat rumah Mira..haha...Selamat Hari Raya kawan kawan...jangan main mercun, paham paham la kenapa..hehe...Assalamualaikum w.b.t
p/s: saya belum kawen, maka masih boleh dapat duit raya..makcik pakcik ku..ku tunggu kalian di kampung dengan tangan yang terbuka...heeeheee :) spread loves ! IRaya? Itu Sejuk Bayi ! :)
1 comment:
selamat hari raya... maaf zahir batin... ^^
Post a Comment