Pages

Thursday, August 4, 2011

Bulan Ramadhan..Belum terlambat kan?

Assalamualaikum...


Eii aku geram betul tau dengan broadband ni..lembab nak tuuuutttt...HOI HOI ! ape ni marah marah bulan puasa...tak baik Farah...okay...(dengan nada lembut...eiiii, tak suka tau geram dengan broadband ni...lambat sangat...nak update blog pon tak boleh..eii geram geram...grrr! )


Dah dah lepas sesi marah marah kategori lembut...haa, hai semua...rasanya belum terlambat lagi kan aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kat u all semua...semoga Ramadhan kali ini memberi keberkatan kepada kita semua...dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah S.W.T..InsyaAllah...


So camne puasa kali ini?...cuaca agak panas la..tapi still boleh di handle.hehe...biasa la Malaysia...negara beriklim Khatulistiwa....takkan la nak salji pulak kan...nak salji g puasa kat Korea ke...Jepun ke...Indonesia ke..e'eh silap..takpon pasang la aircond pastu duk dalam bilik pakai sweater..haha..macam ada orang tu buat..haha....


Dah beberapa hari ni aku duk la memasak untuk sahur dan berbuka..eii, rasa nya aku ni macam sedang melatih diri untuk berumah tangga pulak..haha..mana ada, anak dara mesti lah melatih diri melakukan tugas rumah..so aku ni tengah belajar belajar la ni...nanti tak la aku memalu kalau parents mintak antaran riban riban..haha...tett..


Berbalik kepada cerita bulan Ramadhan...biasa la aku kalau bercerita memang banyak selekoh..haha...marilah kita sama sama perbanyakkan amalan kita dalam bulan puasa ni..InsyaAllah lebih diberkati hendaknya...korang g Solat Sunat Terawih tak?..aku Alhamdulillah pegi...semoga kita diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah insyaAllah,,harap harap sangat dapat Terawih pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan..InsyaAllah..aku ada sisipkan kelebihan kelebihan Solat Terawih :) Subhanallah


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam


Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Sumber : http://www.silampuneon.com/2011/08/solat-terawih-kelebihannya.html%3E


Subhanallah..indah sungguh..semoga kita berada di dalam kalangan orang orang yang terpilih...aminn :)


Berbalik pada identiti asal aku yang tak berapa nak lembut ni kannn..haha...sebenarnya aku ni nak amik lesen motor..yela, semester depan kan dah kena ada transport sendiri...mana ada bas lagi dah..aku dah duk luar...heee..minah rempit la pula aku pasni...tak yah dah nak mintak tolong Syafiq ngan Hafez jemput aku...


Baju raya aku baru ada satu...tak yah kot banyak banyak..dah besar ni,,tak berapa nak heran la..biar la mama ngan ayah dulukan adik adik..hee...*ada tak ciri-ciri akak mithali?*..tetttt


ni aku nak ajak korang datang singgah kat blog kawan kawan aku..
cadburynuts.blogspot.com


biskotlemau.blogspot.com


amsyarmalek.blogspot.com

bagila sokongan kepada blogger blogger baru Malaysia okay :) thanx n spread loves <3


Okaylah sampai sini jek entry kali ni...puasa puasa ni ta leh banyak cakap..walaupon aku hanya menaip..haha...bai de weyyy menu berbuka harini adalah kari Ayam yummy yummy...(yummy yummy tu aku tambah sendiri sebab kari ayam memang sedap..haha)

Selamat menunaikan ibadah puasa...:)

p/s : thanx for comforting my nights...ILYSM


2 comments:

Finaz Jaafar said...

mari bertarawih !

selamat brpuasa=D

Fyqa Federeka said...

waa...blog kter pon ade la~~~thx kak farah sbb promote..kui3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...