Pages

Monday, August 15, 2011

Fenomena Muhammad Ashraf Haziq Rosli

Assalamualaikum...sebab nama beliau amat panjang, aku nak guna short form.. MAH..


okay this are happened few days before tapi sekarang baru sempat nak bercerita sebab sibuk masak..haha...cecuti semester ni la aku nak belajar masak..haha..


Actually bukan fenomena sebenarnya, ini adalah salah satu kesedihan yang dialami oleh rakyat Malaysia kerana menyaksikan saudara seIslam kita diperlakukan sebegitu..memang lah kata orang tu takda apa apa pertalian..tapi cuba kita benda benda macam ni terjadi kat family kita lepas tu di upload pulak kat youtube yang boleh ditonton serata dunia..apa perasaan family yang tengok video tu...tapi dah jadi resam sekarang ni, ape terjadi semua nak masuk youtube..tapi aku tak tengok pun video tu , tak sampai hati la pulak..ehh


dipukul oleh sekumpulan pemuda sehingga patah rahang dan Play Station , basikal serta Handphone Nokia pulak di curi...tengah bawak basikal pun dah tak selamat..ketika kejadian , MAH sedang menunggang basikal di Barking, timur London dan kemudian didatangi sekumpulan manusia seramai 60 hingga 100 orang..( mak oi ramainyee , ape ingat MAH punching bag ke kau nak pukul camtu..eiii...sabar MAH )


Akhbar hari ini ada bagitau yang dah jumpa dah sapa malaun ohh silap penjenayah yang dituduh melakukan jenayah tersebut iaitu Reece Donovan ...21 tahun..kerajaan Britain nampaknya tak memandang enteng hal ini...MAH pun dah cakap Britain is great ! yela jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga kan...MAH pun kan belajar kat sana kan..hmm, belajar elok elok okay...biasa la dugaan ni sebab Allah sayang dan membuatkan kita lebih kuat...:)


sumber : incik google


aku suka gambar ni, takde niat lain tapi sebab ada Jalur Gemilang kat belakang tu..hehe


ni pulak lakaran wajah malaun ohh silap penjenayah itu


hope penjenayah penjenayah ni diberi hukuman setimpal..family MAH pun dah selamat sampai sana...tak tau bila balik..biarlah mereka tengok tengokkan MAH dulu...mak sapa sapa pun boleh tak tenteram...ni pun kat berita still cerita pasal rusuhan kat Britain..MAH ! be safe out there...dan tak lupa semua students Malaysia jugak..


okay lah...ni haa fan page MAH ..ehh MAH ada fanpage..hehe...Muhammad Ashraf Haziq Rosli..korang g la usha usha...tengok nya MAH friendly..hehe..:)


p/s: semua kat sini sumber dari KOSMO..tak dapat la aku nak browse internet sangat nak amik tau hal dunia sangat sebab broadband ni lambat tahap siput patah kaki...MAH, gambar kamu kat dalam kosmo tu ada taring lah..haha..teringat kat kawan masa form 5 dulu..Haziq jugak nama dia...tapi Izzat Haziq..hehe...




2 comments:

Fyqa Federeka said...

kacak..<3
kui3

Atsuko Ichirou said...

name die panjang n unik mcm name aku...
hoho...
>perasan<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...