Pages

Thursday, April 28, 2011

Contest : Gambar Desktop Lappy

Assalamualaikum...tgh tension study ni, blogwalking tadi jumpa lak contest yang terbaik dari ladang..hehe..nak join !!!


Contest ni di anjurkan oleh cik gugu punye belog..hehe


ni banner contest ni...ekceli header belog cik gugu jugak...


! anOther stOry tO tell yOu !
klik nak g kat sini untuk ke blog cik gugu


ni pulak desktop background saye....hihi


klik pic untuk tumbesaran..

why did i chose this pic to be my desktop background?.


sebab ni adalah gambar kenangan saya dan music group saya selepas kami habis sahaja buat persembahan di Mydin MITC Melaka...semua orang yang ada dalam gambar ni adalah soulmate bestfriends and kami decide untuk kekalkan band ni walaupon kami habis belajar kat UTeM..mereka2 ni lah yang antara yang menceriakan hidup saya dan membuat hidup saya lebih bermakna..kenangan ini tak dapat dilupakan sebab first time kami dapat pengalaman buat show depan orang ramai dan dapat bayaran..saya edit pic tu bagi jadik comel..hehe..comel tak icon2 tu?..hihi..saya mmg suka benda2 comel ni..wee...sayang sayang mereka sangat banyak !


okay lah tu je nak cakap..eh taip...


nak tag..(join la ek !..hihi)


fitriyah nadzifah
mohamad solehin


thanx sebab buat contest yang best ni !..hihi..btw join la contest saya...


Contest: Saya dan Incik Pet


semua contestants saya belum reveal lagi..nak kumpul2 dulu...:)

Ahli Baru dalam keluarga !!

Assalamualaikum...


entry pendek yang ditaip dalam keadaan yang sangat gembira...Saya dapat adik baru...baby girl..27 April 2011..Alhamdulillah mak tiri saya selamat melahirkan dengan tanpa menanggung kesakitan yang lama...InsyaAllah semoga adik saya membesar menjadi seorang solehah..aminnn...nama belum ada sebab mama nak bincang bincang dulu..hehe..tapi sedih la tak dapat balik..tengah final..bulan depan la ni baru dapat jumpa...huwuwuw...adik! tunggu akak fara tau !! <3

Wednesday, April 27, 2011

Contest Senyuman Mahal - hafizzainal


Assalamualaikum...nak join contest ! nak join contest !


ni banner..hamikk


klik sini ke blog Fly Like A Bird untuk maklumat lanjut pasal contest ni haa...:)..jgn malas2 !
pastu nak letak gambau ni haaa....



sila klik gambar untuk tumbesaran hebat !


gambar ni diambil selepas je saya dan band habis buat persembahan kat Mydin MITC Melaka atas jemputan pihak Mydin..kami semua senyum kepuasan sebab ramai yang datang tengok kami buat konsert selama satu jam tanpa henti..hambik kau 15 lagu..terkeluar anak tokak den..ngee...haha..sampai saya dapat gelaran Cik Artis UTeM dan Mydin...err,haha...by the way saya FARAH..:)..seriously kami memang happy time ni...:)..nampak tu semua nyengih jek...haha


nak tag


faraaaahalim
jarijemariemas
hanisa


yang kena tag join la ek...:) thank you ~~


senyum itu sedekah~~


*pejam mata rapat2 n buat muka innocent supaya ada can menang..wahahah...*



klik kanan untuk dengar Me Live On UTeM Studio- Bila Cinta

Tuesday, April 26, 2011

Perempuan Memang Macam Ni..

Assalamualaikum...ha kalau tadi cter pasal lelaki..skang pasal perempuan pulak...hehe...baca jangan tak baca...aq bako kang !


entry ni sangat panjang..kalau ada yang kurang sabar tu tak yah la baca..nanti sebuk nak komen entry aq panjang pulak..ngekkk..:P lempang kang !


kredit to Sayjidatul Balkis



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

hmmm..inilah perempuan ..berjiwa lembut tau..kadang kadang tu nampak je ganas dan breder brader..tapi dalam hati ada taman tau...huwuwuw....isk3...perempuan ni kadang kadang suka simpan dalam hati instead of straight to the point...mostly orang lelaki la yang macam ni kan..well...please admit it...i said mostly and it is indeed means by "tak semua" or "kebanyakkan" okay...zzzzz

disebabkan entry ni dah sedia panjang so aq tanak la tulis panjang2 lagi...korang yang lelaki2 ini tu baca je la pastu fikir balik..what did your girlfriend done and what kind of feedback that u gave..hmm...so guys, please do respect woman because they have their own standard...they tu termasuk la aq..aq kan perempuan..haih tu pon nak bagitau ke...dah dah aq nak study ...esok ade paper...wish us luck !...

read my previous entry?..


10 Perkara Kalau Lelaki Cakap...

Assalamualaikum...harini nak share sikit pasal orang lelaki..so ingin dibuktikan di sini yg bahawasanya saya bukan Vice Versa..hehe...susah sebenarnya jadi lelaki ni..yela semua tanggungjawab diletakkan atas bahu diorang...*i mean bukan lah letak kan betul2 atas bahu diorang, tu kira kiasan la...alah kau tu pon tak paham ,nak jugak aq buat bintang-bintang ni..haih*...


tapi tak jugak senang jadi perempuan..banyak jugak tanggungjawab kita kan wanita-wanita kannnn,...*kita di atas menunjukkan aq betul2 seorang wanita..tak tipu punye..*..tapi kita kena sedar, siapa yang menanggung dosa kalau anak-anak perempuannya, isterinya, adik dan kakak perempuannya yang masih di bawah tanggungngannya melakukan dosa disebabkan kegagalan mereka untuk mendidik dan membimbing?...*cop cop,ada ke kakak lelaki ek?..*hmm..tak kira lelaki or perempuan masing-masing ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan...


by the weyyy...entry harini bukan lah nak cakap pasal tanggungjawab sebenar setiap jantina,tapi nak berkongsi sedikit isi hati para jejaka jejaki di luar sana..hehe..ni pon di SHARE dari seorang rakan FB yang belum menjadi rakan FB...*maksudnya aq share je la, tapi tak add as friend..jahat ke aq?...ngee~~*...dia kata tak yah mintak izin pon takpe..tapi disebabkan aq mmg tak leh nak mintak izin walaupon aq mmg berniat nak meminta izin, aq kredit je la nama beliau sebagai tanda terima kaseyyyyy...


kredit to Zunnur Anuar



1.Kalau lelaki kata: ok lah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori...tertido td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk negative sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je...x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak comel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau...taste pon besau gak...hantaran besau....demand musti tggi pnye...nk jage standard la kate kan.

So girls out there..if your boyfriend do talk like this, they are actually mean it coz they are not complicated as woman...*complicated ke?..sikit laa..jangan tanak ngaku lak..*..bukan semua orang suka nak berkias-kias dan mengipas-ngipas bagai ni haa...straight to the point je..tapi incik lelaki jgn la straight sangat...usaha la sikit nak jaga hati..sebab girlfriend u all pon ada gak jaga hati u all kannzzz...hehe..* tapi semua lelaki camni ke ek?*

tapi kalau aq lah kan, aq terima dia seadanya and akan mengajak dia berubak sikit-sikit sambil bagitau kelebihan perubahan tu...and aq pon tak kesah kalau dia tegur aq..tapi yang baik je la..bukan berubah ikut kehendak dia...zzzz..sorry la...im not going to do that..that is so not me !



aq lurus okay..jangan nak cakap bukan-bukan..lempang kang !


till then, chow sin chi..renung renungkan dan selamat membaca..:)

Monday, April 25, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 2011

Assalamualaikum...nak buat review sikit pasal Imam Muda..sedikit terkilan sebab tak dapat nak updated sangat pasal program ni sebab jarang balik kampung then utube pon bengong tak leh bukak..ggrr!...*takut aq download Korea latu..tabaik tau..tengok kan aq dah takleh nak tengok Imam Muda...isk3..*


entry ni akan jadi panjang n banyak gambau..kalau tanak tgk tekan pangkah tanpa segan silu..hehe..(baik korang tengok,hensem2 seyyyhh.....hua3.)


seriuslah, rancangan ni memang bagus tau...kita pon sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada disamping menyokong para imam muda ini dalam usaha mereka untuk menjadi Ikon Remaja dan seorang imam yang berjaya..(apsal macam skema sangat ni?..ohh,sebab cakap pasal Imam Muda ek?...baik baik..)


ni nak kenalkan calon2 Imam Muda 2011...


 
IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock (lagu memanchorr ke?). IM Ali adalah anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah (umangai ramainyerr...bnyk rezki dia...). IM Ali juga seorang pelukis kartun dan 'hair stylist' lelaki.

IM Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. IM Amar masih bergelar seorang mahasiswa(kita pon ! kita pon !). Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. IM Amar suka bermain video( e'eh sama la kiterrr). IM Amar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada.(saya pon sempoi kadang2 sempot)

Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.( wah wah blogger laaa...apa link blog beliau ekk?)

IM Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam(hiui orang obersi). IM Fadli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu IM Fadli suka menonton TV.(cita ape?...mesti nesenel jografi ni)

IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa( saya pon boleh kira 1 sampai 10 dalam bahasa tamil,cina,jepun ngan korea..). IM Fakhrul suka memancing dan menonton filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.

IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan sesuai dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.(hp saya ada MP3..nak pinjam?..tapi banyak lagu Korea laa...bila laa nak berubah..haih)

IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah seorang Pensyarah(uih muda2 dah jadik pensyarah..mau tak berkelip mata aq ni kalau dia jadi lec..huwuwuw..stop !). Di waktu lapang IM Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata IM Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.(saya pon pemalu jugak...*pemalu la sangat*)

IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. IM Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.(fuyoo,gimnastik...huih,sapa kate ahli Gimnas tak leh jadik Imam hah?..mai sini aq taboh hang)

IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. IM Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea(alaaa kenapa Chelsea..tanak kawan lah camni..errkk). Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.
( pakcik,apa khabar?..sehatt?..hehe)

Jeng3..orang Segamat !!!
IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
( hoi dah kawen,korang jangan ngengada nak mintak nombor tepon...)

Sumber Info dan  gambar dari  Facebook Imam Muda . Klik untuk cekidaot.


Apa2 pon...Selamat berjuang diucapkan buat semua peserta...diharap kan segala usaha murni untuk mencari Imam Muda akan tercapai dan bakal melahirkan lebih ramai remaja yang berwibawa dan kuat pengetahuan agama. InsyaAllah...Semoga urusan anda semua dipermudahkan dan segala niat murni dapat dilakukan dengan cemerlang..aminn..




Friday, April 22, 2011

Im back !

vvvrrrrrrrrrrrrroooooommm.wwwwhhhhhoooooooooossh...wiinnnnggggg.....(okay ini bunyi penyeduk habuk.(knape bm ni?...suke hati aq la..zzzz) sebab dah lama tak hapdate..balik kg and study...(ke?)

Assalamualaikum...helloww

saya sudah kembali...(sila2 nyanyi lagu nak mnyambut aq...bentang kapet merah okay..tu pon nak suruh?..zzz..like whatever !)

first thing first...nak cakap yang tarikh untuk Contest Saya dan Incik Pet akan dilanjutkan sehingga aq habis final..iaitu 5 hb Mei 2011..nak bagi ramai sikit yang join...hadiah best ni..haha...baik korang join..kalau tak aq nanges nanti camne..isk3..

sekarang aq ngan kawan2 tgh sebuk (berpeluh-peluh dahi..kadang2 tu sampai peluh kat dahi masuk kat mata...pedih tau tak..masin..huwuwuw...) nk final exam untuk sem ni...aq rse sume IPT pon tgh sebuk study week kann...so goodluck lah yek...banyakkan berdoa dan mintak restu family selain usaha..sebab itu sangat penting...selain itu ye anak-anak..menjadi insan yg cemerlang ....mestilah daripada akal, hati yg kuat dan jiwa yanggg......TENANG..(terfeeling Dato Fadhillah Kamsah pulok awok..huih3..)

hah ni lagi satu aq nak kasi tau..aq skang ni dok sebuk melayan Najwa Latif, Maria Elena ngan Mat Luthfi...korang dah kenal kan diorang ni..pentipu lerr kalau tak kenal...nak suruh aq review, nanti le pas final..sekarang i busy like rabbit makan carrot..ni pon curik2 hapdate hokay...

eh dah la, aq sebenarnya rest dari study ni haa..pening..zzzzz....ada time aq hapdate hokay..btw, Fatin Liyana dah balik Malaysia..(kenapa aq lak nak sesibuk ni..adakah dia mengenali aq?...Fatin Liyana adalah kawan kepada kawan aq..haha...korang ada?...takde kann....dah tak yah le nak kutuk aq perasan..bagi la aq berangan sikit...tu pon tak boleh..kejam tau korang..yang penting, kawan aq dah sampaikan salam aq kat Fatin Liyana..hehek...i loike ....dah dah la weii perasan ...zzzz..eh panjang pulak monolog aq ek..okay tutup kurungan..)

jom dengar


bubye....Assalamualaikum..

Saturday, April 16, 2011

Balik Kampung !

Assalamualaikum....hehe


kawan kawan, saya akan off untuk beberapa hari okay..sebab nak bayar rindu balik kampung selama beberapa hari sebelum jawab final...maklumlah dah 2 bulan lebih tak balik kot...dah tebal 20 kilometer dah rindu kat mak kat umah..hehe...


pada sapa sapa yang nak balik jugak tu, aq ucapkan selamat jalan dan hati hati..kalau memandu hati hati ketika memandu okay...saya balik naik bas express...tapi tiket tak beli lagi..huwuwuw..ada rasa rasanya ni....cari jugak sampai ada..hiii...


mak kata nak masakkan asam pedas ikan pari...mira cakap nak belanja makan...ayoooo..rezeki...btw, semalam g makan kat Seoul Garden...sedappp bangat...selalu tengok Kim Hyun Joong je makan benda benda camtu...semalam , aq dapat rasa gak...hawawa...feeling KHJ ada kat sebelah boleh?....aq bedal aiskrim sampai 4 mangkuk tau...haha...hamik kau, pastu ni ha dah selsema...apa lagi, lari balik kampung la sebelum kena marah ngan cikgu vokal aq..kwang3...ha, tau takut...* weyyy, aq makan baca doa okay..korang jangan nak tuduh2...aq ni memang tak leh tgk aiskrim..pulak tu aiskrim yang no limit...wahahaha....gelak jahat, nasib baik la aq jumpa jalan balik..kalau tak sampai kosong peti ais tu agaknya*....( harap harap tade sapa la yang takut nak belanja aq makan pasni..huwuwuwu...-_-)


okay lah, ni sticky post sebelum aq balik kampung..aq sambung berblogging balik bila aq balik sini la...umah aq takde internet..mak aq tanak pasang sebab takut adik aq yang nak UPSR tu asik main game online je..(padahal, tanak aq asik FB je time cuti sebab nanti aq tak tido malam ...haha...terima kasih mak ..)


okay guys...babai..take care !..
Assalamualaikum ! <3

Thursday, April 14, 2011

HUJAN

Assalamualaikum...happy..


Harini selesai satu lagi presentation untuk project semester ni...and harini jugak adalah class last untuk sem ni...huih eksaited okay..haha...Sabtu boleh balik kampung berpoya-poya jap...nanti balik sini baru start study..hehe....


sekarang ni tengah hujan..memang best dapat melayan kesejukan..boleh feeling feeling macam ada kat Korea ke..Jepun ke..London ke..wehehehehe..(jadiklah feeling2 ..nak pergi tak tau bila)


teringat pulak zaman sekolah dulu, aq rajin bebeno mandi air hujan...masa sekolah rendah memang tak terkira lah bape kali aq main hujan..ni masa aq sekolah menengah waimah dah masuk UTeM ni pon aq still main hujan lagi..tapi bila kat kampung laa..kat sini belum ada keberanian nak buat lagi..hehe...ni tengah sabar je ni tengok hujan lebat kat luar..kaki dah terkuis kuis je nak pegi buat hal main air hujan..haha..tapi takde geng lah..kang katalah aq gila..tapi ada aq kesah..janji aq happy...tak main la cover2 ni..wa kan brader2...


tapi dalam keghairahan kegilaan aq main hujan  ni, masalahnye aq ni penakut guruh la pulak..haa, masa tengah syok2 je main hujan, kalau ada guruh berdentum, baru lah nak lintang pukang aq lari...hilang kemachoan aq sebagai brader2..errkkk...


kalau kat rumah, aq lah kepalanya kalau main hujan..hasut adik aq sekali mandi...adik aq ni pulak memang pantang di ajak..never say never kalau main hujan..walaupon ada semput .hmmm...biasa la budak2..yang dah tua bangka macam aq ni pon sebuk nak main hujan..apatah lagi budak2 ye dak..haha...


korang suka main hujan?...syok wooo....pastu loncat2 kat lecak..haa,yang tu aq memang feeling lagu Dhoom Dhoom Chak dalam crite Dil To Pagal Hai lah..haha....*masa aq type entry ni sebenarnya guruh tengah berdentum...takutttt.-_-*..gua relax je...kata brader2...haha...


kalau hujan lebat tu boleh lah redah main hujan..tapi kalau renyai2 tu nanti demam..oleh itu jom la main hujan selagi termampu..haha...saja nak gedik2...rasa cantik kot dalam hujan....haha...



saya suka hujan!!! 

p/s: sapa yang cepat demam jangan gatal gatal nak main hujan..kang demam aq tak bertanggungjawab okay,...:p

Wednesday, April 13, 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum...


jom join contest anjuran aq...saya dan incik pet...hadiah best !


entry ni di taip ketika hujan turun dengan lebatnya membuatkan mataku terasa nak tertutup akibat daripada kesejukan yang nikmat apabila tidur...wahhaha...apa ni?..tamau2 !...


hari semalam dilalui dengan sangat smooth walaupun berderet quiz and presentation plus oral presentation..aduss...ringan rasa kepala malam tadi...pulak tu harini cuti...heaven laaa...banyak lah kau punye heaven...siapkan dulu presentation paperwork ngan analysis tenaga tu...haih..nak bersenang lenang je kejanya kan !...( dah siap lah tadi ..:p)


esok adalah hari terakhir kuliah untuk sem ni...lepas ni , aq dan kawan2 akan berjuang menghadapi final..InsyaAllah semua berjalan lancar,..banyakkan berdoa...*dear Khairulazfar yang tgh final, bundle of goodluck wishes and pray for you dear*...esok jugak adalah presentation terakhir untuk sem ni...Energy Management...InsyaAllah okay..wish good luck untuk saya and kawan2 okay..thanx in advance !...:)


hari jumaat ada latihan untuk Lagu Tema SUKUM 2011..tau tak apa tu SUKUM?..haa..tu adalah Sukan Antara Staff Universiti2 Malaysia..aq di beri peluang untuk nyanyi lagu tema nya sebab kebetulan UTeM adalah tuan tanah..hehe...band aq yang main music, plus iringan Koir dan pnyanyi latar..bulan 7 nanti Sukan nya...mai la datang memeriahkan...


pastu hari Sabtu InsyaAllah balih Segamat jap..dah 2 bulan tak balik...lepas banjir haritu tak tengok lagi umah camne rupa...hmmm, rindu mak,imanm abah,mama and semua2 lah...asik cakap telefon jek...mak dah janji nak masak Asam Pedas Ikan Pari..wawawuauauawa....BESTNYE !!! *air liur aq dah meleleh ..sory..*


okay lah..sampai sini dulu...ada keja sikit..nanti sambung lagi..babai !
Assalamualaikum...


*floating Shoutbox background credit to Mas Ahmad Safwan

Tuesday, April 12, 2011

Muka muka mintak lempang laju laju

Assalamualaikum..


disebabkan pagi ni ada quiz + presentation + oral presentation...kepala aq dah naik stress tahap dewa yang memerlukan aq melempang orang..hehe..( cakap je tapi tak buat okay ..tak nampak ni muka aq suci murni macam minyak masak murni..heh )


maka di sini aq nak melampiaskan calon calon yang layak di lempang bagi menghilangkan stress di kalbu...haha..( aq cakap je , tak buat pon okay ...aq ni lemah lembut bak kain satin yang di rendam softlan, mana buat kerja kerja melempang orang bagai ni )


calon calon nya adalah..( eh awok macam nak ngumumkan calon ABPBH pulok )


diri dari kiri.: Hafizal, Sulhi, Haziq, Koh dan Hafez  
duduk dari kiri : Amsyar dan Syafiq

( ekceli ni pic malam kitorang buat show kat UTHM tema 60's..sebab tu baju kotak kotak and pakai shades bagai..ngade2...haha )

korang saja tau..mentang mentang DSLR ada pada korang, gambar kitorang yang wanita wanita ayu ni tadek pon...benci tau...bendi punya budak !

nanti aq upload pic2 lain...malas nak upload skarang..hehe...

gudnyte, till then chow sin chi...ASSALAMUALAIKUM

Monday, April 11, 2011

Give Away dari Nelly dan Mas untuk BLOGGER

Assalamualaikum...tension sikit buat assignment..-_-..tapi tetap ada masa nak join GA yang dianjurkan oleh  Nelly dan Mas...boleh hilangkan tension sikit..hope so !


ni banner GA nye..



GA by Nelly and Mas

kena jawab soalan ni dulu kata dey all.. :)

Apa Pendapat Anda Tentang BLOG ...

Mas Ahmad Safwan = Such a nice blog..banyak tutorial yang membantu dan mudah difahami..suka kat shoutbox tu dan sangat jealous tahap dewa..van aiskrim itu sumpah comel..hehe..blog kemas lah, senang nak cari info dan skodeng2 apa yang patut..haha...senang cite kan, blog mas cute,smart and sangat nice ! :)

 Nelly the Strange = fuhh, blog sangat emo..hihi...dulu penah pakai theme kat handphone sama ngan background blog Nelly..walaupon blog itu hitam dan merah macam vampire world, tapi still senang nak baca entry sebab pilihan colour masih tepat...Nelly suka crita pasal diri Nelly gak kan..the way u wrote it down, made it is interesting to read..seriously..:)


Kenapa nak JOIN Give Away dari Nelly dan Mas ?

sebab apa ek join?..owh, a'ah sebab satu nye terbaca kat Sahabat Blogger..Mas postkan kat Wall SB,..cambest jek..so decide to join lah..sebab pening melayan assignment yang tak habis2 daripada malam tadi...nak nanges lah camni..huwuwuwuw..:'( stop !

kedua nya, sebab nak rasa gak menang hadiah yang sangat misteri ituuu...macam misteri nusantara pulak..saja je nak memisterikan diri...so sebuk2 lah nak join...hih..mana tau MENANG...kalau tak MENANG, MENANGgung kekalahan la jawab nye...huwuwuw..sedih lagi..

ketiganya , sebab tak pernah join Give Away pon sebelom ni..ni kira first time la..so ececeh segan lah pulak..haha..tetttt,.,.

okay lah nak tag mangsa2 keadaan..buat taw! kalau tak aq lempang..hihi..eh, tak tak...memain jek..:)




okay lah...dah nak maghrib...esok ada quiz, presentation ngan oral..Ya Allah, berikan kami kekuatan..aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...