'Kita tak perlukan diploma,degree dan PHD untuk berkongsi ilmu agama dengan orang lain'.
(Jejaka berkopiah putih,2012)
: kita pura-pura pakai earfone dan curi curi dengar tazkirah jejaka ni untuk 3 orang lagi jejaka lain kat kerusi Melaka Central malam tadi..sejuk dengar apa yang dia kongsikan mengenai ibadah dan Islam..sejuk juga perut ibunya mengandungkan dia..Subhanallah..
Antara isi tazkirah beliau yang sempat saya catat laju laju dalam memo handphone Corby II noob saya :
*Kita kena memperbaharui Syahadah dan mengetahui maksud sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah di dalam solat kita supaya kita faham erti sebenar Ummul Kitab itu..
*Berdoa pada Allah selepas solat supaya diberikan Taufik dan Hidayah.
*Kita hanya mengajak dan menasihati orag lain untuk beribadah dan melakukan kebaikan, keputusan di tangan mereka sendiri, mereka yang memilih.
*Kalau orang yang kita ajak melakukan kebaikan, dan dia melakukannya, pahala juga akan masuk dalam akaun kita dan dicatat oleh malaikat.
*Dia juga ada cakap lecturer dia ada pesan, yang paling penting dalam hidup adalah Ibadah dan Pelajaran, InsyaAllah berjaya dunia akhirat :') MasyaAllah..
selepas itu dia hilang dalam kegelapan malam bersama beg balik kampungnya :')
kita tak nampak wajah dia sebab kita berdiri kat belakang mereka, nama pun curi curi dengar kan :')
Yang paling penting, 3 orang jejaka yang mendengar itu, setia mendengar sehingga beliau habis menyampaikan Tazkirahnya.. :')
Okaylah, semoga pesanan beliau juga terkesan di dalam kehidupan saya..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment