entry jimat ruang ini ditaip masa aku tengah sakit perut namun ku gagahi jua menghapdate...heee :) cewah
Faezah Elai - Heykal
haaa aku harini tangan gatal nak meng'google...aku terjumpa la gambau kahwin artis ni..eh tetiba je dah kawen..adoi..ape ni? adakah aku tinggal di bawah tempurung ataupun aku telah berubah dengan tidak mengambil tahu tentang artis lagi?...ehhh mana boleh..kata Artis UTeM..kena la jugak tau..cuma takde masa je nak online...wuwuwuwwuw...
meh gambau kawen Faezah ! aku suka dia berlakon...bakat dia bagus...bila lah nak jadik heroin aku pun tak tau..ni dah kawen dah..dia ada berlakon cerita Asmara kat TV3...filem Senjakala..ada lagi banyak drama ngan beberapa Filem..tapi malas punya pasal, korang Google je lah pelagi...hawawawahawau..wei mana gambau kawen nye?...
bidadari
Sekali lafaz je, Faezah Elai kini sah menjadi isteri pengarah, Heykal Hanifah.
Mas Kahwin : RM1001
Hantarannnyaaa : biarlah rahsia ~~~
Faezah dapat 9 dulang hantaran : cincin & rantai, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan kecantikan Forest’Secret, Al-Quran digital ngan telekung.
En Heykal tu dapat sebentuk cincin, kamera Nikon DX, iPhone 4, jam tangan Tag Heuer, barangan penjagaan lelaki Forest’Secret, Al-Quran, wangian, dompet Mont Blanc, buah, cupcake dan sirih junjung dari Faezah..pehh kau hantarann...kelas kau Maria ehhh silap Faezah..:)
ihsan : http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Faezah_Elai_Sah_Bergekar_Isteri_Heykal.html
Azad Jazmin - Eira Syazira
haa yang ni baru lagi kawen nye haaa..jumaat haritu 16 September 2011..( tapi macam ada kaitan la couple dua ni ?..ke aku yang salah menilai?..haha tettt...close story) Alhamdulillah nampaknya semuanya lancar je...:) kita cekidoutla gambar nikah diorang pasal resepsi nye bulan 11 kalau tak silap...korang kenal tak diorang ni?..alahai, Azad ni yang selalu berlakon cerita anak mami tu..dulu masuk Program Audition kat TV7 kalau korang ingat lagi lah..hai, apa ni semua tak ingat..maka semut ke ape?..hadoi pun..yang Eira ni selalu jadi heroin drama Melayu TV2...pastu drama Cinta Balqis pun ada dia berlakon..tak ingat jugak? korang punya pasallll lah..haha...gi lah google sana...LOL..
pehh lawa nye la kau ni Eira..
sumber mineral : http://rafinamimi.com/
pusat sumber : http://www.enciknakal.com
sumber rezeki : http://yanmieonline.com
Azad Jazmin,35, dan Eira Syazira,27 selamat dinikahkan oleh bapa Eira sendiri iaitu Datuk Shuhaimi bin Haji Acheh ( anak Datuk rupanya Eira ni haa ) dengan Mas Kahwin RM300 dan jumlah hantaran "biarlah rahsia" katanya..hehe..nama sebenar Azad ialah Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ( mak aih kau mix ko apo ? )
......
pasal aku malas nak taip balik..aku copy paste je dari GUA.com.my..jangan saman sebab aku dah kredit kat GUA...heheh...
"Pada majlis akad nikah sebentar tadi, pelakon drama Ustaz Amirul ini menerima sembilan buah dulang hantaran berupa sebentuk cincin, iPad 2, beg tangan Tod’s, minyak wangi dari Mekah, telekung dan sejadah, jam tangan Fossil, kasut Charles & Keith serta sireh junjung.
Manakala pihak lelaki pula menerima 11 buah dulang antaranya jam tangan Police, kasut Aldo, sireh junjung, sejadah dan persalinan baju Melayu, coklat, dompet dan tali pinggang Polo, minyak wangi Davidoff, jersey dan topi Chelsea, buah-buahan dan cincin.
Berkonsepkan kristal dan cermin serta dihiasi dengan bunga ros merah, Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi anggun mengenakan busana putih rekaan WanPa manakala Azad pula segak mengenakan persalinan baju Melayu juga dari pereka yang sama. Tahniah diucapkan kepada Azad dan Eira! Semoga perkahwinan yang dibina dirahmati serta kekal bahagia sehingga akhir hayat."
p/s : barang yang lepas jangan dikenang "kata Jep Sepah..haha...selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat,...amin InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment