Pages

Friday, December 30, 2011

Kaki Wayang ..haha

Assalamualaikum..

weh haritu aku balik kampung, ucu aku belanja tengok wayang cerita Sherlock Holmes..peh best la sey..lawak..yang penting penyiasatan tu best dan buat aku tak berkelip apabila menontonnya *oke tipu,keing la bijik mata kau kalau tak berkelip..aku nak drama sikit je la..tu pun percaya..haha*


serius la best..aku pun tak paham kenapa my dear Khairulazfar boleh lost sekejap bila tengok cerita ni...Kau tido ke ape ni Kerul?..LOL

haa yang ni aku tengok dengan classmate aku..aku suka watak yang Zack X-Factor lakonkan..haha,macho tapi penakut...16 orang sekali pergi..beli tiket panjangnya macam resit aku shopping kat Mydin time baru dapat PTPTN..haha..tengok mid night yang akhirnya membuatkan aku takut nak balik sensorang..maka terima kasih Akim sebab escort manja balik umah *manja tu nickname aku kat Faculti..korang diam!..haha*


wow MI sumpah best ! siapa yang belum tengok rugi la sey..lagi lagi kaki wayang macam aku ni..adeh..payah payah..aku rasa cerita terbest untuk tahun ni la untuk aku..untuk korang, mana la aku tahu..haha..

okay nampak di sini yang memang aku suka tengok wayang..lagi lagi kat Segamat dah ada wayang..peh dulu aku masuk wayang kat Segamat first time umur aku 9 tahun..aku tengok cerita Suami, Isteri dan Dot Dot Dot..aku tengok ngan nenek aku..cool kan?..haha..ngan makcik makcik aku sekali la...tapi lepas tu semua panggung kat Segamat dah tutup..siut je, nak cakap aku bawa malang ke hape ni..haha..sekarang umur aku dah nak masuk 23 tahun *waaaaaaaaaaaaaaa dah tua  !!!! masa untuk berubah !* baru la Segamat ada wayang balik...sebab tu kalau cuti sem, aku ngan kawan kawan asik lepak McD  KFC, karaoke,Bowling...tu pun nasib ada la kan tempat nak lepak....tu pun Bowling dah lupus dah, kena banjir..kesian la sey...kalau tak meh lepak rumah aku jela..makan nasi goreng nenek aku masak..haha..pasni dah boleh pergi tengok wayang pulak..haha..*jakun ke apa ni?*


nota kaki sedar diri : dah study week untuk final ni Farah..tak reti reti lagi?

Wednesday, December 21, 2011

Design Baru Duit Malaysia Julai 2012

Assalamualaikum...


akay ni lah rupa duit ringgit Malaysia yang baru yang akan mula digunakan pada Julai 2012..cantik..dan yang paling best, duit RM20 akan mula digunakan semula sejak dihentikan pengeluarannya pada tahun 1995



sekali pandang macam duit  Jutarian dengan Monopoli...nanti korang jangan salah pulak okay..heee...:)tak sabar nak pakai..dah la bulan Julai..terima kasih Bank Negara sebab keluarkan duit baru pada bulan kelahiran saya *tak memasal..*

ala sayang je nak bagi kat mak cik kantin ke, kat pasar malam ke..adeh ~

Doa Haikal : Amalan yang Indah

Assalamualaikum...


harini aku nak share pasal ayat Haikal yang sememangnya memberi sangat banyak fadhilat nya..elok kalau di baca selepas solat...Subhanallah...:) aku baru start amalkan ayat ni...lambat nya aku tahu, dah 22 tahun hidup...terima kasih Mak Itam sebab bagitahu Farah tentang ayat ni..Mak Itam kata kalau kita baca ayat ni , 3 hari jin tak boleh masuk rumah...


ayat Haikal ni ada 7 ayat dan kena baca mengikut urutan...


seeloknya di mulakan dengan " U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim" ( 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.)




1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);

2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;

3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;

4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;

5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;

6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; 

7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52



open image in new tab untuk tumbesaran

antara fadhilatnya :

"
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam." 



Subhanallah..inilah mukjizat ayat ayat Al-Quran..



mari kita amalkan..:)



pusat sumber :  Doa, Ayat dan Zikir
                    :  Jalan Akhirat
                    :  Amiputra88





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...