Pages

Tuesday, March 12, 2013

Camwhore : Maafkan I , hahah

Assalamualaikum..

ahkak rasa dah lama la tak hapload gambar dalam ni, bagilah aku chance eh, sekali ni je..hahah, okebai


I feel like a rainbow tangat O.o 


Oh ye, ni last voucher aku, sebab aku kan final sem, ohhh tak merasa la lagi voucher BB1M, sobs


Comel gla Chicky ni jejoget lagu Wondergirls, aku ingat nak join, tapi layak kena kutuk jela..harharharom


My youngest sister, masa ni umur dia baru 10 bulan :)


okay, motif gambar ni aku nak tunjuk jam baru, mak belikan semalam sempena harijadi mak, EH aku pulak dapat present, thank you mak, lebiuuuu


Youngest sibling yang dah 2 tahun :) , omeinyaaa


last but not least, award aku untuk Anugerah Kecemerlangan Kebudayaan Individu, berbaloi usaha aku nyanyi sana sini wakil UTeM, thanks kepada semua yang sentiasa support saya, dari family, Sir Hamidi (vocal and music coach) , bandmates, kawan kawan UTeM, lecturers , dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak *peh mcm artis pulak, POYO laaa hai*

till then, ciau
Assalamualaikum

#Al-Fatihah untuk ayah Amal yang pulang ke Rahmatullah semalam, semoga ditempatkan bersama golongan beriman, semoga Amal dan keluarga kuat dengan ujian ini...

Sunday, March 10, 2013

Skin Care

Assalamualaikum...w.b.t

Ini adalah sebuah cerita tentang seorang blogger picisan (hakhak) yang sebelum ini sangat tidak menjaga kulit wajahnya kerana berpendapat jikalau tiada jerawat maka tiadalah masalah kulit (so lame SOBS) . Akan tetapi, apabila umurnya menginjak 20 ++ tahun, seorang blogger picisan itu merasakan adalah sebaiknya beliau mula menjaga kulit muka yang semakin menghampiri kadar penuaan , demi mengekalkan keremajaan dan kecomelan wajahnya supaya tidak kelihatan tua tetapi muda sentiasa. sekian, Selesai perenggan pengenalan, lepas ni kita cakap bro bro je k 

Aku buat facial kat rumah je memandangkan aku ni cuma seorang blogger yang masih belajar dan tak mampu pergi spa seperti mak mak datin yang mempunyai suami seorang datuk.  Iolls? *krik krik cengkerik berbunyi* , 

Apa yang akan aku kongsikan hari ini cuma penjagaan asas wajah, bagi mereka yang sibuk dan perlukan budget yang kecil untuk menjaga kulit muka. Sebab extra care boleh dilakukan seminggu sekali atau dua kali.Akak Parah kau ni sebagai seorang yang turut sama berada dalam kategori tersebut (padahal bukan la sibuk mana tapi bebuat sibuk ) maka sesuailah cara ini untuk ahkak .

Kulit aku sesuai dengan produk Safi, selain ia Selamat dan Suci *bak kata trademark Safi kennn* , ia juga sesuai dengan particular skin types di samping murah habaq hanggggg , aherherher

Okay adik adik, harini kita akan ada basic beauty class bersama Kak Farah !! 

mula mula, masa mandi tu, aku pakai Pencuci Muka Safi untuk buang segala kotoran yang ada kat muka, maklumla ahkak Parah kau ni kan pergi kelas merempit, so peratusan kena asap asap lori dan bas tu besar, kenala basuh muka iolls ni haaa



ni pencuci muka Safi, actually banyak jenis, tapi aku lebih suka yang Gamat, nak padankan dengan moisturiser Gamat . ini untuk basuh muka gua yang  rempit ni dari segala asap bas , lori dan sewaktu dengannya.


selepas membuang segala habuk dari asap lori dan bas, kita menyapu toner supaya terasa lebih segar dan liang liang pori kembali bernafas EH , toner ni untuk buang sisa kotoran, *nampak sangat bayak kotoran* sesuai disapu dengan kapas muka.tolong jangan pakai span badan, kau gila, bercalar muka, jangan salahkan ahkak k.


langkah terakhir, adalah moisturiser atau dalam bahasa Melayu nya pelembab muka..sapukan serata muka dengan urutan lembut supaya ia meresap ke dalam kulit gicew...korang jangan risau, produk ini hanya berkesan melembabkan muka sahaja, buka otak korang, so masalah otak lembab boleh dielakkan.kalau adapaun, tu memang korang yang lembab malas belajar...eh emo pulak Kak Parah kau O.o

lepas pakai tiga tiga ni, korang boleh tidur dengan aman, tapi pastikan semayang dulu, kalau tak nanti tidur berselimut kulit khinzir, ayok ~

dan lagi satu boleh fefeeling Shine Bright Like A Diamond giceww
OST Diamond - Rihanna

kena jaga wei kulit muka, tapi bukan muka je, satu badan, lebih selesa..bagi yang dah menikah, jaga untuk suami, *mood berangan turn on*

skin care yang lain, nanti aku cerita lagi, eleh macam good good je gua nak cerita pasal skin care...HAHAHAHA TROLL FACE.

okay ciau, Assalamualaikum.

Saturday, March 9, 2013

Antara Manusia, Malaikat dan Syaitan

Assalamualaikum w.b.t


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



Sesungguhnya, kita anak anak adam dan umat Nabi Muhammad S.A.W kena sedar Syaitan selalu ingin menyesatkan kita dengan hasutan hasutan ..terpulanglah kepada kita untuk menolak atau sebaliknya, MasyaAllah, semoga Allah memberi ita kekuatan menentang musuh Islam terbesar ini..Aamiin In Shaa Allah

Source : Facebook

Sunday, March 3, 2013

Lahad Datu : Let's Pray For Peace and Safety

Assalamualaikum...

Ya Allah, rasanya tak sanggup aku nak bercerita pasal ni..sebak rasanya nak memulakan bicara..seorang demi seorang perajurit kita terkorban dalam misi menyelamatkan Sabah daripada serangan penceroboh...Ya Allah, hanya kau yang mengetahui semua ini, kuasaMu yang tiada tandingan..tunjukkan kebenaran Mu Ya Allah..bantu mereka , kuatkan hati mereka supaya berjuang kerana Mu...


Setakat post ni di update, Malaysia telah kehilangan 8 orang pejuang bangsa dan tanah air yang diserang hendap oleh penceroboh Kesultanan Sulu...mereka mahu tanah Sabah ke tangan mereka kembali..Ya Allah, tolongla, nenek moyangmu telah menyerahkan pada kami..sedarlah..jangan gadaikan nyawa perajurit kami...

Rejimen Askar Melayu Diraja sudah mula membuat gerakan setelah beberapa hari menunggu semboyan..Ya Allah, selamatkan negara kami...tunjukkan kekuatanMu..kehebatanMu...

Al-Fatihah untuk yang terkorban, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman..budi mereka mempertahankan bangsa tak dapat dibalas...semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarga..Ya Allah...

Doa kan keamanan negara, doakan keamanan di mana mana...

Assalamualaikum...

Saturday, March 2, 2013

No Clues, No Rules

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat, salam 1 Malaysia , Salam 1 UTeM , salam buat kekasih EHHHH  O.o

Nak cakap "berdirinya saya di sini tak boleh sebab aku tengah meniarap " okay, meniarapnya saya di sini adalah untuk meng hapate belog ini, supaya Nuffnang terus berjalan hemo hemo terima kasih. amboi.

ini adalah perenggan pengenalan kedua, aku pun tak tahu mana aku belajar perenggan pengenalan ada dua O.o , nak bagitahu, entry ni mungkin panjang sikit, sikit la mungkin..tapi jangan risau, kita letak gambar, so tak boring sangat nanti hiks , maklumla ni kan belog aku...*miahahah*

Aku start dengan kejadian kat Lahad Datu, Sabah...aku mintak kita semua luangkan beberapa ketika, sedeqahkan Al-Fatihah dan doa kepada perwira kita yang terkorban dan yang masih berjuang untuk negara...

..........................................................................................................................

back to business , dan entry aku ni masih belum membayangi tajuk..alah korang mcm tak biasa pulak ngan aku kan..hahah, maksudnya kan sebenarnya kan, takdelah cerita fokus dalam post ni, semua benda aku campur, kenapa? EH SUKA HATILAH miahahah

aku tengah sibuk dengan Final Year Projek ni, supervisor aku dekan tau, hehe...he's easy to work with :) mcm bapak bapak gicew..kalau meeting 1 jam, 15 minit je cakap pasal FYP, yang lain gosip je..haha..* isi kandungan gosip adalah sangat private and confidential* suka hati aku je nak lepak dalam bilik dia, atas sofa, dia buat kerja kat meja dia..kadang2 aku panggil dia daddy...hewhew

tadi masa memula tekan button new post, mcm banyak je aku nak cerita..lepas tu, dah buat benda lain, aku dah takde idea..Melayu mudah lupa betullah aku ni..oh ye baru aku ingat, semalam aku terminum susu ada semut, sebab tu la aku lupa..so still ada 42 hari lagi kadar kelupaan aku..SOBS koajaaa semut

disebabkan aku dah ter Melayu mudah lupa, aku taknakla jadi munafik pulak, tai aku janji nak letak gambar kan? so aku letak lah gambar, temanya, SUKA HATI AKU LA GAMBAR APA AKU NAK LETAK SEBAB INI BELOG AKU...eh panjang pulak tema dia..

Comelnya cousin I ! nak gigit !


Kegilaan aku terhadap Running Man, menyebabkan aku jatuh cinta pada Lee Kwang Soo , POYO

 Ini adalah koleksi Safi aku, belum campur krim siang dengan malam sebab tunggu duit PTPTN masuk dulu..ape benda la lambat sangat, acane nak beli..hewhew *NAK JADI DUTA BOLEH TAK?* takleh, tak muat tv..miahahah



My mind and brain need some treatment :)

till then, good night

Assalamualaikum..semoga saudara se Islam kita yang berjuang, dirahmati Allah, Aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...