Assalamualaikum..
Semalam aku dah berjaya organize dinner untuk Ex GM aku kat tempat aku praktikal sebab dia dah berhenti kerja dan nak buka restaurant besar dekat JB...sila ucap tahniah sebab dinner itu adalah untuk VIP company aku...*muka tak malu mintak ucapan tahniah T____T*
Actually aku sedih la sebab dia dah takde..sebab sebelum ni dia lah company supervisor aku..dia ajar aku macam macam, tegur macam macam sampai aku boleh berdikari kat company tu tanpa bantuan yang banyak..kalau tak masa mula mula everything nak kena ajar..isk isk sangat lah siput..huwuwuwu
now, aku dah tukar supervisor dan aku harap dia boleh guide aku macam mana EX GM ni guide aku dulu...seriously semua sedih dengan kepergian dia..hmm..takpe untuk good future taking, kami relakan..cewah ! padahal dia lagi kaya..huwuwuwu
Tengok ni dah perenggan ketiga masih belum sampai ke hajat sebenar..memang tak berubah.. T_____T
Sebenarnya begini..dah ramai dah orang pegawai yang suruh aku masuk balik company ni lepas grad nanti..aku pun ada jugak terfikir..hmmm..tak berapa lama lepas tu, manager pulak tanya..production manager...aku kata tengoklah macam mana...tak berapa lama lepas tu lagi, manager HR pulak bertanyakan soalan yang sama...aku pun jawab dengan jawapan yang sama dan amat cliche sekali bunyinya..."Tengoklah dulu"....aku pun ada 2 semester lagi...
tapi semalam adalah satu hari yang sangat mengejutkan..*terkejut tak? oke fine tak * CEO company besar alam ni pulak yang suruh aku masuk balik kat company ni lepas grad...
Datuk : Baby girl ! ( ye jangan gelakkan aku, nickname aku kat company ni memang baby girl T____T malu la..ni semua production manager punya pasal.)
Aku : Ye Datuk (muka takut sebab tak pernah bercakap dengan beliau..sekali je kena warning sebab datang lambat .beliau hanya bercakap dengan orang yang dia rasa nak je Aku langsung dia tak pandang.maklumla budak praktikal je.huwuwuwu)
Datuk : Kau lepas grad buat apa?
Aku : Saya tak tahu lagi la Datuk.. (aku ni tahan takut je ..muka garang dia)
Datuk : Kau orang mana?
Aku : Orang Johor Datuk.
Datuk : Johor kat mana?
Aku : Segamat, Datuk..tapi saya ada family kat sini.
Datuk : lepas grad kau kerja jela kat Maruwa ni ok?
Aku : errr...n..nnn..nnn.nantilah tengok macam mana Datuk. (gagap terus aku T____T takut punya pasal)
aku bukan apa..memang la ada best, ada tak best nya sesuatu tempat kerja ni kan...kat sini pun sama..yang aku elik ni kadang kadang benda benda yang remeh temeh pun nak aku buat..macam laminate paper,gunting kan kertas...kalau aku takde kerja aku memang tak kisah nak tolong...tapi kalau aku sibuk tu paham paham la...kadang kadang aku balik sampai pukul 8 or 9 malam..semua tu takde claim tau...nak cakap tak kisah tu macam tipu pulak..tapi aku terfikir tang tu laa...
apart from that , ada sorang la pulak orang dalam office aku ni suka tengking aku..cakap aku malas..tu pun sebab aku tak tolong dia..padahal benda tu kerja dia...macam aku cakap tadi la..if im free, it's okay..but if my two hands are just not enough to do my own job, what do you aspect? apa kau ingat aku SOTONG.memang la aku suka makan SOTONG tapi SOTONG bukan aku...takkan aku nak makan diri sendiri? okay dah merepek takde kaitan...
tapi bak kata orang aku macam dah tayah nak fikir fikir sangat nak kerja mana lepas grad kan..hmmm...tu satu lagi yang aku fikir..aku tak nak la buang masa sangat berjoli lepas grad...kalau boleh nak cutikejap je..lepas tu kerja...keluarga kau perlukan aku..aku nak bantu mereka..kami buka kaya harta..hanya kaya kasih sayang dan budi bahasa..ehem...
kawan kawan, help me? thanx in advance. <3
nota kaki sedar diri : aku sepatutnya bersyukur...
No comments:
Post a Comment