Pages

Monday, December 31, 2012

Good Bye 2012, Hello 2013


 Assalamualaikum...

Ohh lama gila gua tak hapdate belog ni wei, aku telah meng anak tirikan beliau..ohh baby , ummi so sorry to you...tula, dulu masa memula berbelog, hari hari nak hapdate, maka benarlah kata bidalan, manusia ni kadang kadang mula mula je bersemangat..lepas tu kelaut...*ada ke bidalan kata, okay aku memandai*

Okay fine fine korang kena faham, sebagai super senior di fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan UTeM, adalah satu kewajipan untuk menjadi seorang yang super busy *gua memang poyo dan gua tau*

Aku rasa this entry gonna be the last for this year since today is already 30th Dec 2012 and I won't update any for 2012 after this..InsyaAllah, we will meet in 2013...*oh no I will be 24 in 2013, !!!! *

Memang takde masa beb nak hapdate menatang blog ni, tapi yang peliknya gua ada masa tengok Running Man pulak* itu wajib, study, all ...yes it's tough but I have to face the reality then...

Bercakap pasal Good Bye 2012 kan, aku memang takleh terima ramalan kiamat tu, well who are we nak predict kerja Allah, just stay and try to be a better Muslim InsyaAllah..*ye aku memang lame sebab baru cakap pasal ni*

Aku dah nak final exam ni, Alhamdulillah dah cover semua subjek semester ni, tapi paper repeat belum lagi..calculation la beb, aku boleh demam la kalau nombor nombor ni..T___T * sebab tu gua nak cari jodoh cikgu Math or engineer supaya boleh ajar aku Math sampai pandai huahuahua erkkk*

Btw semalam aku ngan budak study group aku ber picnic kat Pantai Puteri untuk meraikan kejayaan kami cover semua chapter untuk final ehereher...lepas makan kami buat sesi meluahkan pengalaman cinta dekat tepi pantai sambil membuat masjid pasir...aku la memandai bagi topik nak berborak..nasib baik semua setuju..lepas tu aku gegedik malu nak bercerita..ohh so loser...

Actually aku tak nampak motif entry ni, hahahah, okaylah, aku tak la sambut tahun baru sangat ni, sebab aku kan Islam, tahun baru aku dah lepas dah..anyway is still a change of the number kan...

so good bye 2012, and Hello 2013


Haziqah, Zul, Fazeera ngan Mizi dah bertunang dah..sampai dah jodoh diorang..Alhamdulillah..doa yang terbaik untuk kawan kawan aku tu *love and hugs*


Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..ngenggggggggggggg zzzzzzzzzzzzzzzzz guguguugugug wenggggggggg weweweweuhwuue

ahh habis pun sawang kat blog ni aku vacuum..ahahah


Harimau Malay still my favorite even they cant make it into final of Suzuki Cup 2012, and Rajagopal should still be the coach :)


im as a final year student, sibuk dengan PSM ( Projek Sarjana Muda) supaya boleh grad tahun depan.. mihmih doakan kami :)


this two babies is no longer in this world..they left me, may u be good in heaven.. :) R.I.P Chabi and Pekot

till then Assalamualaikum...

Thursday, December 6, 2012

GAZA

Assaamualaikum

Lama nya tak update blog...aku sekarang busy la dengan Projek Sarjana Muda, dengan paperwork Bussiness Plan lagi...emm makin mencabar pulak, maklumla, dah nam masuk semester akhir...sekejap je masa berlalu..rasa macam baru semalam daftar kat UTeM ..*yey boleh menikah dah !* *eh melampau* 

semasa entry ni ditaip, banyak dah benda yang berlaku, tak kira la dalam negara ataupun luar negara..kalau baca surat khabar tu macam macam berita boleh kita daat tahu..adik belasah abang sampai mati kena rogol, kena tipu, kena bunuh..masyaAllah..nyawa manusia sekarang ibarat dah tak berharga...Ya Alah mintak lah dijauhkan dari kita semua hendaknya..

Kejadia terbesar adalah semasa Israel menyerang Palestin dan Gaza masa Hara Raya Aidiladha haritu...Ya Allah, ramai saudara mara kita terbunuh...ramai yang boikot barangan Israel dan sebagainya...apa yang aku mampu adalah berdoa selain mengelakkan diri dari menggunakan barangan buatan Israel..MasyaAllah, kenapalah mereka ni kejam sangat.

Haritu kelas aku ada buat jutipan..Alhamdulillah, walaupun tak banyak sumbangan kami, dapat jugaklah membantu apa yang terdaya....apalah dayaku untuk mengangkat senjata melawan mereka..hanya yang aku mampu adalah berdoa kepada Allah supaya mereka dibantu...aku tak sekuat kanak kanak Palestin yang berani menentang kejahatan mereka dan shahid ke jalan Allah..aku tak malu nak mengakui itu..Allahu..

Memang dah terlambat aku untuk buat post ni, tapi kita sebagai manusia tak pernah terlambat untk mengirimkan doa untuk semua ini berhenti dan keamanan menjadi milik mereka..Allahu..

Semoga mereka terus diberi kekuatan, dan mereka yang melakukan kekejaman ini diberikan balasan setimpal..aku bersyukur dilahirkan di Malaysia, negara yang aman...walaupun kadang kdang ada perselisihan faham di mana mana, masih lagi mampu menjadi negara yang selamat untuk diduduki..Alhamdulillah..

Maka bersyukur la ye, tak yah sampai malu nak ngaku rakyat Malaysia...sampai nak tukar kerakyatan bagai..ehhhh lari topik..haha..okay okay..aku rasa sampai sini jekot..kita teruslah berdoa untuk saudara mara seIslam kita agar diberi kekuatan InsyaAllah...Allah Maha Mengetahui...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...