Pages

Sunday, June 17, 2012

Heroes of My Life

Assalamualaikum...

Tiada hari terpilih untuk membuktikan kasih sayang dan cinta saya kepada mereka..kerana tiada hari yang saya lalui tanpa perasaan itu terhadap mereka.

Ya Allah, berikanlah limpahan rahmat dan nikmat kepada mereka yang banyak berkorban demi kebahagiaan anak anak mereka..sesugguhnya hanya Kau yang dapat menjanjikan kebahagiaan yang tidak terperi kepada jantung hatiku ini..Lanjutkan usia mereka dalam ketaqwaan dan keimanan terhadapmu jua...Aminn :')

Naziri Saaid + Piah Ali
Abah <3 Mak

Anakanda:

Ahmad Suhaimi + Amira Azreen
Salmiah 
Azizah + Nasaruddin
Jameah + Abdul Aziz
Jafri
Zurina + Harun
Zuridah + Mohd Isa

Cucunda : Nazrul Hafizie + Afzaniza ,Nurfarahana, Mohd Arief, Muhammed Hafiq, Mas Atia, Nurfarah Ain, Norashima, Nursyazwanie, Mohd Shafi'i, Nor Anis Hafidza, Mohd Iman Daniel, Nurul Husna, Musfirah, Maisarah, Muhammad Haziq Ashari, Nur Farisya Safiyya, Mohd Aliff Firdaus, Nurul Danisha, Nurul Dania.

Cicitda : Muhammad Nawfal Afham



Abdul Aziz + Jameah
Ayah <3 Mama

Tanpa mereka tiadalah kami di dunia ini yang diciptakan Allah menerusi mereka.

Anakanda:

Nurfarahana
Mohd Arief
Nurfarah Ain
Mohd Shafii
Nurfarah Farisya

Cucunda belum ada :

Siapa nak kahwin dulu ni?



Saturday, June 16, 2012

Final Exam vs EURO 2012.

Assalamualaikum..

Just want to wish ...


for those who sitting final exam.



.just do your best and give more efforts. :) especially for UTeM buddies..U lain pun oke..jangan la kecik hati...hewhew

* Saya takde exam, maklum la praktikal...tapi sem depan ada exam balik..hewhew...kata nak jimatkan penggunaan kertas..bila exam nak mansuh ni? LOL.

and also 


is starts now..

Baru balik pukul 3 pagi lepas tengok Madagascar 3 midnight pun ada hati nak pergi tengok bola..tau tak awak tu dalam mood exam? ggrrr..but thanx to send me home :)


okay semua kena tengok Madagascar 3...sangat lawak ketawa sehingga menangis.

dah ngantuk..selamat malam..Assalamualaikum.


Sunday, June 10, 2012

Feeling Describes.

Assalamualaikum..

Ehem ehem..dengan ini dengan berlagaknya aku nak bagitahu yang aku dah lepas presentation Report Latihan Industri walaupun aku tahu berlagak itu tidak baik sekali. Enough said.

Oh ye apa nak cerita ni kan? tula tadi beria tahap dewa klik New Posts lepas tu bagitahu tak tahu nak update apa. So lame dan Bajet Hot 2012.

Oh ya, since tinggal beberapa hari je lagi nak habiskan Latihan Industri (LI) *lepas ni aku pakai LI je, malas taip full name.* macam macam perasaan yang aku rasa. *bayangkan Background Music adalah lagu Bila Rasaku Ini Rasamu - Kerispatih* okay macam tak kena je background music. Sila berhenti membayangkannya.

Aku rasa gembira, sedih, terharu, teruja, cinta dan rindu *okay fine 4 rasa pertama je yang betul, yang dua selepas itu adalah Propaganda dunia hiburan..biasa la Cik Artis UTeM nak cari Publisiti kot kot budak budak UTeM dah lupa kat aku. tsk tsk*

Feeling describes

1. Gembira - sebab aku akan terkeluar dari kepenatan yang amat semasa menjadi LI student...Kadang kadang balik pukul 8pm hingga 10pm tanpa dikenakan bayaran tambahan tetapi bila aku cuti elaun dipotong habis.Kejam bukan?

2. Sedih - sebab tinggalkan orang-orang office yang awesomeness, manager yang banyak mengajar aku tentang production, dunia bekerja yang awesome, suasana office yang sejuk..hewhew...kalau panas, panas sangat macam duduk dalam oven...kalau sejuk tu sampai kena pakai sweater feeling feeling macam kat Jepun la kan sebab ramai staff Jepun situ...Ohaiyouuu:)

3. Terharu - sebab officer, engineeres, managers even CEO offer aku kerja balik kat sana lepas Grad.hmmm memandangkan InsyaAllah gaji besar, why not? aku pun dah macam biasa terseksa.bhahaha

4. Teruja - sebab tak sabar nak masuk 4th year, habiskan study..huwuwu senior youuuu...walaupun aku risau dengan Projek Sarjana Muda tapi kena lalui jugak :)


Okay yang Cinta dan RIndu hanya untuk Allah, keluarga dan kawan-kawan memandangkan aku masih single.  Iklan ditaja oleh Maruwa Malaysia Sdn. Bhd.

Owh ye Mr. Khairulazfar mesti bengang dngan aku sebab aku dah boleh berjimba sedangkan dia sedang menggila dengan final exam.Sorry sayang :') bhahaha..balik nanti kita belanja awak. Jadi ke gi Singapore ngan Genting?

Oh ye tadi makan maggi setelah lama menahan nafsu kemegian.>.<






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...