Pages

Monday, October 3, 2011

Agak-agak Korang Hangin Tak?

Assalamualaikum..


orang orang kita ni memang banyak perangai tipikal ...alah, tak lari mana la kalau kau orang Melayu..mesti ada punya tanya soalan-soalan yang kurang cerdik ni..aku pun sama laa...bukan cakap orang jek..haha..let say mak aku masak kat dapur, nanti aku tanya 'Mak masak ek?'..lagi mau tanya..sah sah la tengah masak kalau dok mengacau periuk atas dapur..adoi..nasib baik mak aku kurang tinggi nak kakikan aku..huahuahua..ampun mak..


ni la soalan soalan cliche yang selalu kita tanya kat seseorang yang padahal nye punnn kita dah tau dah tujuan atau sebab dia buat benda tu..haa paham tak?  tak?...lantak korang...wahahahaha *gelak jahat gila*


not so clever Q&A session ...hahah


1)bila orang nampak korang baring tutup mata

Q: kau tidur ke?
A: tak la,aku training mcm mane nk mati nanti. zzzzz


2)Imagine korang bawak tv korang yang rosak jumpe technician suroh repair,dia mesti tanya jugak:

Q: nk repair tv ke?
A: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan jalan. zzzzz

3) time korang bangun tido,terus sipolan tanye korang:

Q: eh ko dah bangun?
A: ish,aku tengah tido sambil jalan la gila~


4)kawan korang call telefon rumah korang:

Q: kau kat mana weh?
A: sini, dalam laut tengah skuba diving..heh


5)diorg nampak korang keluar dari bilik mandi basah basah:

Q: kau baru lepas mandi ke?
A: mana ade,aku jatuh dlm lubang jmban tadi! ngeng

6)korang kat dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu pastu tanya:

Q: ada orang tak?
A: (*suare kiut) mana ada orang!! tahi yang bercakap ni haaa!!! aku pun tak tau aku ada dalam toilet ke tak..



Bonus Question:


7) seseorang yang mempunyai ketinggian 170 cm dengan berat 30 kg , tanya kat korang...


Q: eh, U nampak tak I dah gemuk? Eii I tak suka la gemuk camni..I dah gemuk, dah gemuk, dah gemuk !


*orang-orang camni memang nak tempah kaki ngan lempangan aku jek...aku senang je jawab..


A: boleh tak bersyukur dengan apa yang kau ada?..dah berat sama ngan beras 10 kg 3 kampit, still nak cakap kau gemuk jugak..aku tengok macam lalang adalah...kau tahu tak ada lagi orang yang tak mampu nak jalan pun, berat sangat..kau yang kalau kena tipu angin pun boleh terbang tak reti lagi nak bersyukur?...*huh puas hati aku *


macam tak senang je jawapan aku..huwuwuw


nota kaki sedar diri: haha, alah soalan-soalan camni kengkadang aku pun buat tanpa sedar..kot kot la masa tu tetiba aku caring sampai tertanya soalan yang kurang cerdik camni kann..haha..everybody makes mistakes opocot !..haha..ohh tapi soalan bonus tu memang aku tak pernah buat FYI..haaa...please jangan buat depan aku or else free lempang dengan sepak dapat ...boleh?







p/s: tadi aku amik test komputer untuk 2nd time *diam korang !*..dapat 48/50..haha...heaven gila ! Alhamdulillah..tak sabar nak bawa motor..mama bagi motor baru YIPPIE..terima kasih mama ,sayang mama <3 XOXO


up muka chipmunks satu ! budak Marching Band cakap aku macam chipmunk..denggg ! gggrrr!

Sunday, October 2, 2011

Mak-Mama-Ibu-Umi

Assalamualaikum...sekadar perkongsian...

Orang kata aku lahir dari perut mak... (Memang pun !l)

Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...
Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...
Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan ..... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..
Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku...... Mak..
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila sedih, aku cari..... Mak..
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu... Aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak..
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

"MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!"

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



ya sayang mama, mak, abah, ayah...tanpa mereka saya tiada di dunia ini...walaupun nanti bila saya bekerja dan bergaji besar, belum tentu dapat membalas jasa mereka yang tiada bertepi...Subhanallah...Ya Allah sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku semenjak aku kecil...




mama


My Love


abah ngan mak


gambar ayah tak jumpa, tapi kat tepi kanan ada..g la tengok :)




p/s: kalau doa kena doakan ibu bapa sekali, kalau tak Allah tak terima doa kita tau :)








Saturday, October 1, 2011

6 Ways To Earn Heaven Even After Death :)

Assalamualaikum..


orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali...tapi kalau benda benda yang aku akan listkan kat bawah ni rasa nya tak yah nak berpada-pada sangat sebab memang murni pun ...maybe korang dah tahu, tapi aku bagitahu lagi sebagai perkongsian dan peringatan kepada yang tak tahu dan yang belum tahu dan yang baru tahu...*tahu sumbat cicah sambal kicap memang sedap..okay takde kaitan*






  • Hadiahkanlah seseorang Al-Quran,...setiap kali beliau membacanya, kita akan dapat bahagian ..InsyaAllah
  • Sedeqahkan kerusi roda kat hospital..setiap kali pesakit gunakan,..anda juga bertuah..InsyaAllah
  • Bina masjid atau terlibat dalam pembinaan masjid..
  • Letak water cooler kat tempat public..InsyaAllah..
  • Tanam pokok..kalau sesiapa berteduh InsyaAllah ada bahagian kita...walaupun haiwan..
  • dan yang paling penting..kongsikan info ini kepada kawan kawan...sharing is caring...sama sama mencari akhirat :)
tapi kalau kita nak buat baik, baru niat dah dijanjikan pahala...tapi kalau nak buat jahat , kita lakukan kejahatan itu baru Allah bagi hukuman...tengok Allah memang dah bagi kita jalan mudah untuk kumpul pahala..apa lagi? jom buat baik ! :)




sumber :Fatin Liyana punye blog




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...