Pages

Monday, April 25, 2011

Imam Muda Musim Ke-2 2011

Assalamualaikum...nak buat review sikit pasal Imam Muda..sedikit terkilan sebab tak dapat nak updated sangat pasal program ni sebab jarang balik kampung then utube pon bengong tak leh bukak..ggrr!...*takut aq download Korea latu..tabaik tau..tengok kan aq dah takleh nak tengok Imam Muda...isk3..*


entry ni akan jadi panjang n banyak gambau..kalau tanak tgk tekan pangkah tanpa segan silu..hehe..(baik korang tengok,hensem2 seyyyhh.....hua3.)


seriuslah, rancangan ni memang bagus tau...kita pon sedikit sebanyak dapat menambah ilmu di dada disamping menyokong para imam muda ini dalam usaha mereka untuk menjadi Ikon Remaja dan seorang imam yang berjaya..(apsal macam skema sangat ni?..ohh,sebab cakap pasal Imam Muda ek?...baik baik..)


ni nak kenalkan calon2 Imam Muda 2011...


 
IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. Seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik. Suka dengar lagu Rock (lagu memanchorr ke?). IM Ali adalah anak ke 13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah (umangai ramainyerr...bnyk rezki dia...). IM Ali juga seorang pelukis kartun dan 'hair stylist' lelaki.

IM Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah. IM Amar masih bergelar seorang mahasiswa(kita pon ! kita pon !). Banyak menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. IM Amar suka bermain video( e'eh sama la kiterrr). IM Amar juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang. Seorang yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada.(saya pon sempoi kadang2 sempot)

Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur. Anak jati KL yang juga seorang jurutera di sebuah syarikat gergasi petroleum ini nampak matang. Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada 'isi'. Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan.( wah wah blogger laaa...apa link blog beliau ekk?)

IM Fadli Hj Awang, 24 thn, Brunei Darussalam(hiui orang obersi). IM Fadli merupakan satu-satunya peserta dari Brunei. Bertugas sebagai Pegawai Masjid, masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa. Selain itu IM Fadli suka menonton TV.(cita ape?...mesti nesenel jografi ni)

IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. IM Fakhrul adalah seorang Imam di tempatnya. Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa( saya pon boleh kira 1 sampai 10 dalam bahasa tamil,cina,jepun ngan korea..). IM Fakhrul suka memancing dan menonton filem. IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknologi Yemen.

IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya. Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang disampaikan sesuai dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. IM Fatah sentiasa mendengar radio kerana ia adalah sumber informasi buatnya. Tidak pernah tinggal MP3 nya.(hp saya ada MP3..nak pinjam?..tapi banyak lagu Korea laa...bila laa nak berubah..haih)

IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak. IM Hassan adalah seorang Pensyarah(uih muda2 dah jadik pensyarah..mau tak berkelip mata aq ni kalau dia jadi lec..huwuwuw..stop !). Di waktu lapang IM Hassan suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam. IM Hassan seorang yang pemalu tetapi selepas mengenalinya ternyata IM Hassan seorang yang peramah dan suka berkongsi ilmu.(saya pon pemalu jugak...*pemalu la sangat*)

IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura. IM Mujahid anak jati kota metropolitan. IM Mujahid antara salah seorang peserta termuda dalam Imam Muda Musim Ke-2 dan pernah beraksi dalam sukan Gimnastik dan masih lagi menuntut.(fuyoo,gimnastik...huih,sapa kate ahli Gimnas tak leh jadik Imam hah?..mai sini aq taboh hang)

IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor. Anak Kelantan ini, salah seorang pelajar dan peserta paling muda untuk musim ini. IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal. IM Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea(alaaa kenapa Chelsea..tanak kawan lah camni..errkk). Dari keluaraga yang kuat agama ayahnya seorang Guru Taranum.
( pakcik,apa khabar?..sehatt?..hehe)

Jeng3..orang Segamat !!!
IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor, merupakan seorang Guru Besar. Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi. Irama Nasyid menjadi pilihan. Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan IM Nazrul mudah bergaul dengan golongan remaja. Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
( hoi dah kawen,korang jangan ngengada nak mintak nombor tepon...)

Sumber Info dan  gambar dari  Facebook Imam Muda . Klik untuk cekidaot.


Apa2 pon...Selamat berjuang diucapkan buat semua peserta...diharap kan segala usaha murni untuk mencari Imam Muda akan tercapai dan bakal melahirkan lebih ramai remaja yang berwibawa dan kuat pengetahuan agama. InsyaAllah...Semoga urusan anda semua dipermudahkan dan segala niat murni dapat dilakukan dengan cemerlang..aminn..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...