Nak tahu cerita ?
Berkongsi segalanya, sebab sharing is caring, sweet tak aku? harharharom
Saturday, October 15, 2016
Doa Mendapat Jodoh dan Keturunan Yang Baik.
Sedikit perkongsian. Supaya kita dikurniakan jodoh dan keturunan yang baik oleh Allah S.W.T.
Saturday, October 1, 2016
Jung joon Young Take A Break from 2 Days 1 Night
Macam susah je aku nak istiqamah nak berbelog ni. tapi aku gagahkan jugak sebab aku minat sebenarnya nak bercerita. Tapi tulah tak konsisten. hahaha kesian aku ni. cepat siapa baik, bagio dorongan kat aku balik supaya jadi rajin. aku minat tapi banyak alasan . Boleh tahan teruk perangai aku.
Aku saje nak bagitau, aku sekarang addict dengan 2 Days 1 Night dan Running Man. Tapi tulah si Jung Joon Young tu buat kes pulak. adehh. Aku dahla suka kat dia. Selain Che Tae Hyun, Kim Jongmin, Kim Junho, Yoon Si Yoon, ngan Defconn tu, JJY adalah salah satu sebab kenapa aku tengok 2D1N.
Last aku baca, dia akan withdraw dari semua rancangan variety yang dia join atas alasan self reflect. Antaranya 2 Days 1 Night, DMC Festival, ETC. Hmm, ade ade ajelah.Handphone dia jugak dah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan sebab dia kata video tu lepas kejadian, dia terus delete.
Pada aku, he recorded the video at the first place is already a huge mistake that can be done by a celebrity. Kau taula, despite rasa teraniaya, siapa yang taknak mengaku dia ada hubungan dengan artis kan. Hmm who knows. Tapi aku curious tau, siapa la makwe Joon Young selama ni. Hahahah sebab dia antara Korean singer yang 4D. Aku sentiasa ikut perkembangan kes dia ni sebab nak tahu apa akan jadi. Bukan benda pelik kalau Kpop idol ni terlibat dengan kes polis.
Okaylah, nanti aku share lagilah pasal kes ni. Nak sambung tanggungjawab., till then XOXO
Assalamualaikum
p/s: Kenapa kau jadi begini uri Joon Shhhi T______T
Tuesday, September 13, 2016
Paralympic Rio 2016
Assalamualaikum.
Masa sukan Olympic Rio 2016 haritu, aku belum nak berbelog balik. So sebab sekarang baru nak berbelog, aku sentuh pasal Sukan Paralympic Rio 2016 jelah.
Btw setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkepli dan Latif Romly di atas kemenangan pingat emas Paralympic Rio 2016 dalam acara masing masing. Kalian adalah antara kebanggaan negara.
Apa lagi yang kita perlu ragui, they're our champions and always be. Tak kisahla, menang RM1 juta, apartment dan kereta Naza (oke jealous ), tapi semua tu berbaloi dengan usaha dan pengorbanan mereka. Terharu wei. 3 kali lagu Negaraku berkumandang di bumi Rio dalam masa 24 jam. What a day.
Dorang perlukan sokongan kita. Pada aku, diorang hebat, jauh lebih hebat dari aku pastinya. Walaupun berstatus orang kelainan upaya, but they nailed it.
Terima kasih kerana membawa Malaysia ke Mata dunia. Dan terima kasih Malaysia kerana terus menyokong atlet Malaysia.
Eh jap, apasal entry aku macam formal sangat ni? Hmmm faktor umur mungkin. Cisss. 2016, please don't end so fast. T____T