Pages

Thursday, January 3, 2013

It's 2013 and FInal Exam

Assalamualaikum..ehem ehem, Kak Long ni wei, respect sikit, garang ni LOL *okay ini tak perlu*

E'eh dah tahun baru laaa, 2013...*tadi masa jawab final exam paper, aku still tertulis 2012 lepas tu kena tambah ekor nak jadikan 3...ahahah*

Aku baru lepas 2 paper final exam aku untuk sem ni..ada lagi 4 menunggu..Tadi aku ambik paper Operation Management lepas tu petang paper Research Method..actually Operation Management tu aku dah amik dulu masa sem 3, tapi sebab PANDAI SANGAT, kena la repeat..*please don't try this at home, in the toilet okay*...disebabkan aku dah dua kali ambik full lecture OM ni, maka aku jadiklah terer sikit nak menjawab tadi..yang paling takleh blah tu, aku boleh pulak jawab soalan calculation dia...aku rasa ni first time aku jawab calculation dengan yakin sekali..bahaha kesian gila aku weiii....sobs

Disebabkan nak jawab OM tula aku gi koperasi UTeM beli calculator Scientific baru tau...aku punya dah hilang masa LI dulu, lepas tu tak beli sebab aku selalu mengelak jawab calculation question..hahaha...end up kena beli jugak..padahal tinggal 6 bulan je aku kat UTeM ni..InsyaAllah, harap harap betul ! boleh la bajet budak U kan kena ada calculator..LOL

Esok petang aku ada paper Business Plan pukul 3pm..so sebab tu sekarang aku berjimba buat entry kat belog, tweet, FB, sebab kalau baca cepat cepat, memori gua short term dowww, nanti lupa pulak *haa yela, lepas tu esok menggagau nak jawab exam! *

3 lagi paper aku kena sit afterwards is Coaching and Consultancy, Technology Forecasting and Intellectual Property(IP)..gua risau der nak jawab IP, sebab tak paham habuk pun lecturer ajar, maklumla Indonesian..tapi dia baik.. :') hilang la macho gua kalau tak dapat jawab final..ek eleh betul la...

Aku just harap tahun 2013 ni aku dengan kawan kawan dapat grad dengan cemerlang tanpa halangan..aku nak sangat bawa masuk mak abah dalam dewan besar UTeM tu untuk konvokesyen..maklumla, aku cucu first yang dapat masuk U, lepas tu diorang yang jaga aku dari kecik sampai la BESAR ni..ahahah, but don't get me wrong, aku dah mintak permission mama ayah untuk ni..and accepted ! Mama ada 3 lagi anak yang harapan ! aku ni takleh harap dah..miahahaha...*eh aku rajin okay, cuma kalau cuti suka bangun lambat je..errr jodohku, jangan gusar, aku akan berubah selepas kita bernikah suatu hari nanti* mihmihmih *gatal gua dah datang, jaga-jaga*

So sebelum aku buang masa korang baca entry takde masa depan ni, maka aku ucapkan Selamat Menduduki peperiksaan akhir semester bagi semua yang menyambutnya..ehh macam ucapan raya pulak..maksudnya sesiapa yang mendudukinya..eh, ahhh korang pahamlah kan ! hah selamat selamat...doa, usaha dan tawakkal INGAT TU ! 

baca doa ni untuk kemudahan

klik untuk tumbesaran yang sihat

masa study baca la doa pelajaran


doa ni selalu aku baca kat sekolah agama masa dulu dulu..eh sekarang pun baca lah !



2013, please be nice because I am 24..*ada kaitan?*


till then , chow sin chi..Assalamualaikum w.b.t

Monday, December 31, 2012

Good Bye 2012, Hello 2013


 Assalamualaikum...

Ohh lama gila gua tak hapdate belog ni wei, aku telah meng anak tirikan beliau..ohh baby , ummi so sorry to you...tula, dulu masa memula berbelog, hari hari nak hapdate, maka benarlah kata bidalan, manusia ni kadang kadang mula mula je bersemangat..lepas tu kelaut...*ada ke bidalan kata, okay aku memandai*

Okay fine fine korang kena faham, sebagai super senior di fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan UTeM, adalah satu kewajipan untuk menjadi seorang yang super busy *gua memang poyo dan gua tau*

Aku rasa this entry gonna be the last for this year since today is already 30th Dec 2012 and I won't update any for 2012 after this..InsyaAllah, we will meet in 2013...*oh no I will be 24 in 2013, !!!! *

Memang takde masa beb nak hapdate menatang blog ni, tapi yang peliknya gua ada masa tengok Running Man pulak* itu wajib, study, all ...yes it's tough but I have to face the reality then...

Bercakap pasal Good Bye 2012 kan, aku memang takleh terima ramalan kiamat tu, well who are we nak predict kerja Allah, just stay and try to be a better Muslim InsyaAllah..*ye aku memang lame sebab baru cakap pasal ni*

Aku dah nak final exam ni, Alhamdulillah dah cover semua subjek semester ni, tapi paper repeat belum lagi..calculation la beb, aku boleh demam la kalau nombor nombor ni..T___T * sebab tu gua nak cari jodoh cikgu Math or engineer supaya boleh ajar aku Math sampai pandai huahuahua erkkk*

Btw semalam aku ngan budak study group aku ber picnic kat Pantai Puteri untuk meraikan kejayaan kami cover semua chapter untuk final ehereher...lepas makan kami buat sesi meluahkan pengalaman cinta dekat tepi pantai sambil membuat masjid pasir...aku la memandai bagi topik nak berborak..nasib baik semua setuju..lepas tu aku gegedik malu nak bercerita..ohh so loser...

Actually aku tak nampak motif entry ni, hahahah, okaylah, aku tak la sambut tahun baru sangat ni, sebab aku kan Islam, tahun baru aku dah lepas dah..anyway is still a change of the number kan...

so good bye 2012, and Hello 2013


Haziqah, Zul, Fazeera ngan Mizi dah bertunang dah..sampai dah jodoh diorang..Alhamdulillah..doa yang terbaik untuk kawan kawan aku tu *love and hugs*


Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..ngenggggggggggggg zzzzzzzzzzzzzzzzz guguguugugug wenggggggggg weweweweuhwuue

ahh habis pun sawang kat blog ni aku vacuum..ahahah


Harimau Malay still my favorite even they cant make it into final of Suzuki Cup 2012, and Rajagopal should still be the coach :)


im as a final year student, sibuk dengan PSM ( Projek Sarjana Muda) supaya boleh grad tahun depan.. mihmih doakan kami :)


this two babies is no longer in this world..they left me, may u be good in heaven.. :) R.I.P Chabi and Pekot

till then Assalamualaikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...